» » » » » PANAS: CUCI MATA, CUCI HATI, CUCI Segalanya...


Alhamdulillah... Bersyukur pada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan 1432H. Ramadhan bulan berkat, bulan keampunan dan bulan kerahmatan. Marilah sama-sama kita merebut pahala berganda yang disediakan Allah S.W.T dalam bulan Ramadhan ini dengan membanyakkan amalan-amalan yang baik yang mampu mendekatkan kita kepada-Nya.

Di dalam kita sibuk dengan urusan seharian jangan sekali-kali kita lupa untuk menunaikan kewajipan sebagi muslim untuk menunaikan solat. Apa guna puasa jika tidak solat. Tidak ada apa yang kita dapat melainkan lapar dan dahaga serta kerugian yang amat besar.

Ketahuilah bahawa puasa Ramadhan adalah suatu kewajipan. Jangan sekali-kali kita tinggalkan puasa kita tanpa sebarang sebab yang membolehkan kita berbuka. Pahala puasa ganti tidak akan sama dengan pahala puasa di bulan Ramadhan.

Ayuh marilah kita merebut peluang keemasan ini sebelum kita dijemput pulang oleh Allah S.W.T. Allah tidak akan memberitahu kita bila kita akan dijemput untuk mengadapnya. Banyakkan ibadah dan amalan ketika kita masih berupaya.

Yang pasti dunia siber ini pun tidak akan senyap dan sunyi dari kisah-kisah politik negara. Ana difahamkan bahawa pembangkang akan meningkatkan kempen politik mereka di bulan Ramadhan ini manakala di pihak kerajaan yang memerintah pula, dikhabarkan akan memperbanyakkan program-program yang berbentuk kebajikan.

Kepada kedua-dua pihak buatlah yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Kepada kem pembangkang ana nak beri sedikit pesanan... Bulan puasa ni sudah-sudahlah dengan penipuan dan pembohongan untuk mempengaruhi rakyat. Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna. Ampun dan maaf dipinta selayaknya.

Renung-renungkan dan selamat beramal... Buka hati, buka minda, telusuri keagungan-Nya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply