» » » MIC dan Palanivel...???


Pertamanya ana ingin megucapkan tahniah kepada Palanivel khasnya dan MIC amnya di atas perlantikan presidennya iaitu Datuk G. Palanivel sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dengan perlantikan itu maka sejarah sekali lagi ditempa oleh MIC apabila terdapat dua Menteri Penuh yang mewakili masyarakat India dalam kabinet BN walaupun fakta telah menyatakan bahawa BN/MIC tewas teruk dalam PRU 12 dahulu. Tahniah kepada masyarakat India walaupun disebalik semua kekalutan yang melanda parti utamanya iaitu MIC, Perdana Menteri masih memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan taat setia maereka kepada agenda perjuangan BN.

Namun disebalik itu semua ada berita yang kurang enak ana dengar iaitu Palanivel dikatakan kurang senang dengan penerimaan parti lain berasaskan masyarakat India menjadi komponen dalam BN sehingga sanggup mengugut untuk keluar daripada BN.

Bagi ana, mereka terutamanya Palanivel perlu sedar bahawa dalam senario politik hari ini kita tidak boleh ego atau riak dengan merasakan hanya parti kita sahaja yang kuat dan mewakili suara tunggal dalam masyarakat. Kita perlu ingat tidak semua orang setuju atau suka dengan individu tertentu dalam parti dan kewujudan beberapa parti baru yang mewakili kaum India terutamanya adalah daripada mereka yang menyokong BN tetapi sudah tidak boleh duduk semeja dalam MIC. Mereka juga mempunyai pengikut mereka sendiri. mereka juga mempunyai hak untuk bersuara.

Dalam keadaan politik Malaysia hari ini apa yang lebih utama ialah perlu memastikan kekuatan BN itu sendiri di sebalik kebanyakan parti komponen utamanya iaitu MIC dan MCA masih dalam proses pemulihan dan transformasi. Memang tidak dinafikan MIC merupakan parti utama yang mewakili kaum India tapi kita tidak perlu menyekat parti-parti kecil lain yang mewakili kaum tertentu teutamanya India untuk menjadi komponen dalam BN.

Bagi ana perkara tersebut tidak menjadi ancaman kepada MIC sebagai parti komponen yang dominan dalam mewakili kaum India sebaliknya apabila parti-parti komponen kecil yang mewakili kaum India ini masuk menjadi komponen BN ia akan menambahkan lagi kekuatan MIC itu sendiri secara keseluruhannya sekaligus akan mempastikan BN terus menang dalam pilihanraya.

Suka atau tidak apabila fakta telah menyatakan bahawa kebanyakan kerusi-kerusi DUN mahupun Parlimen yang MIC menang dalam PRU 12 baru-baru ini adalah dikawasan yang bukannya majoriti kaum India contohnya seperti di Parlimen Cameron Highland dan Hulu Selangor serta di Segamat.

Bagi ana tidak kiralah parti apa yang mewakili sesuatu kaum yang penting mereka mendokong perjuangan BN. Antara parti komponen yang mewakili suara kaum India dalam BN ialah MIC, PPP, Makkal Sakti dan yang terkini ialah MIUP. IPF sudah lama dikatakan ingin menjadi parti komponen BN tapi setakat yang ana tahu IPF masih belum berada dalam BN kerana ditepis oleh MIC. Kaum Cina pula diwakili beberapa parti komponan dalam BN seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung.

Bagi ana sekarang bukan masanya untuk ugut mengugut. Nilai dahulu kekuatan masing-masing sebelum buat sebarang kenyataan.

Walaubagaimanapun yang lebih utama ialah walaupun parti komponen BN mempunyai sedikit sebanyak masalah dalaman, masalah yang dialami tidaklah seteruk masalah "kepercayaan" yang dialami oleh pakatan haram pembangkang.

Diharapkan segala permasalahan yang dihadapi oleh parti komponen BN dapat diatasi dengan sebaik mungkin demi kebaikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kerana hanya BN sahajalah yang menjadi harapan rakyat 1Malaysia kerana pembangkang di Malaysia tidak akan mampu membawa kesenangan kepada rakyat kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan puak-puak dan individu tertentu sahaja.

Kuasa rakyat 1Malaysia penenti kesinambungan kemajuan negara Malaysia.

Renung-renungkan dan selamat beramal... klik untuk baca.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply