» » PANAS: Mat Sabu Melalak Lagi...!!!

Ana ingin membuka kalam dalam entry ini dengan ucapan Salam Ramadhan 10 terakhir 1432H. Juga ana ingin ucapkan Selamat menyambut lebaran.
Dalam keghairahan umat Islam melayari Ramadhan dan sedang menunggu Syawal dengan hati yg gembira Timbalan Presiden PAS telah melalak tak tentu pasal. Satu cerita yang memeranjatkan Bangsa Melayu. ..dalam ceramah di markas PAS di Padang Menora Tasek Gelugor pada 21 ogos 2011 Mat Sabu yang kita ketahui amat berdendam pada polis mengatakan bahawa yang menyerang Bukit Kepong iaitu komunis adalah pejuang kemerdekaan...dia sedar ke siapa dan bangsa apa yang serang dan yang kena serang... masyaallah!!! begini jadinya!!!

Apa sebenarnya yang dia cuba nak sampaikan dalam ucapan dia berkenaan. Adakah dia cuba untuk mengubah sejarah. Sudah tercatat dan terpahat dalam kamus sejarah komunis di Tanah Melayu pada ketika itu dikategorikan sebagai pengganas. Apabila sebut pengganas, siapa yang nak iktiraf pengganas sebagai pejuang kemerdekaan. Jauh panggang dari api.

Nampaknya Mat Sabu sedang bermain dengan api apabila berkata sedemikian. Semenjak PAS dikuasai oleh golongan anwarinas, kedudukan PAS semakin berada dipersimpangan apabila imej PAS kian tercalar dek kerana tindakan pemimpinnya yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi mencari kuasa.

Mereka ini sanggup berkata malah buat apa saja demi untuk meraih undi. Sudah tiada lagi halal haram. Tindakan Mat Sabu dengan dakyahnya yang terbaru itu telah menghiris perasaan pejuang2 pertiwi yang mempertahankan tanah air dari kerakusan dan keganasan komunis yang cuba mengucar-kacirkan seterusnya cuba mewujudkan negara komunis. Adakah orang seperti ini ingin diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

Ana menyeru kepada pembaca untuk menyebarkan entry ini demi mempastikan dakyah Mat Sabu dapat ditangkis. Nampaknya demi menarik sokongan pengundi Cina, PAS sanggup buat apa sahaja. Apa yang nyata ialah tindak tanduk pimpinan PAS kini telah terlalu banyak tindakan pemimpinnya yang memperlihatkan PAS hanyalah sebuah parti tempelan kepada DAP dan PKR. DAP dan PKR telah menggunakan keboblokan pemimpin PAS semaksimum mungkin untuk mendapatkan kuasa.

Telah terbukti banyak perkara dan isu yang berlaku terutamanya yang melibatkan isu kesucian Islam, PAS dilihat cuba mengelak daripada menyakiti hati sahabatnya iaitu DAP. Isu araknya, isu kalimah Allah, isu murtadnya, isu liwat dan banyak lagi.

Marilah sama-sama kita membuka minda, membuka hati dan kita telusuri keagunganNya supaya kita diberi petunjuk dan hidayahnya untuk kita mencari kebenaran.

Yang pastinya setelah Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden, maruah PAS terus dinodai.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply