» » » Mat Sabu dan tragedi Bukit Kepong...

Kurang 30 minit lagi negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 54 tahun. Namun ana merasakan dalam kematangan usia negara kita merdeka sambutan pada tahun ini dirasakan sedikit hambar walaupun ada rasa gembira kerana manyambutnya dengan dimulai dengan sambutan hari Lebaran 1432H.

Ana berkata demikian kerana dalam keghairahan kita menyambut ulangtahun kemerdekaan pada tahun ini, kita disajikan dengan tindakan tidak matang dan profesional seorang pemimpin pembangkang yang lebih mengagungkan pengganas komunis berbanding barisan perajurit dan ahli keluarga yang syahid dalam mempertahankan tanah air ini dari dirampas oleh komunis.

Diberitakan juga sudah hampir 50 laporan polis dibuat untuk menmyiasat perkara tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang berkenaan.

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa pejuang sebenar ialah mereka yang berkorban nyawa demi mempertahankan maruah tanah air di Bukit Kepong sebagai perwira negara bukannya pengganas komunis.

Namun atas dasar apakah sebenarnya sehingga Mat Sabu sanggup mengiktiraf komunis sebagai pejuang sebenar sebaliknya memperlekahkan mereka yang syahid dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kami yang tercinta.

Ana yang dan percaya tidak lain dan tidak bukan ianya bertujuan demi untuk mengaut keuntungan politik. Mungkin PAS terutamanya Mat Sabu melihat sokongan orang Melayu kepada PAS berada pada tahap yang paling kritikal pada katika ini maka jalan yang dilihat mampu untuk mempertahankan kedudukan PAS dalam PRU 13 akan datang adalah dengan cuba untuk menarik undi orang Cina.

Siapa tidak kenal dengan hati perut Mat Sabu ini. Jangkaan ana ialah dia mungkin akan menafikan perkara tersebut tetapi harus diingat dan hidup ini hanya sementara. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Apakah yang akan terjadi kepada negara ini jika rakyat memilih untuk menaikkan manusia seumpama ini sebagai pemimpin. Jika sejarah cuba diubah apa akan jadi kepada negara???


Buka hati buka minda telusuri keagunganNya...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply