» » » Apa dah jadi dengan Nik Aziz...

Ana dah tak tahu nak kata apa dengan Nik Aziz sorang ni. Dia ingat dia lebih Islam dari orang lain. Dia ingat dia tak pernah buat salah ke? Apa dia ingat semua yang dia buat tu betul ke? Adakah Nik Aziz ingat dengan bersahabat dengan DAp akan menyelamatkan Islan dari terus diperkotak katikkan...???

Apa yang ana lihat hari ini ialah sejak PAS bekerjasama dengan DAP maruah Islam dan Melayu dilihat semakin tercalar ekoran segala tindakan yang dibuat DAP (menghina Melayu dan Islam) seolah-olah mendapat restu daripada PAS.

Ikuti laporan di bawah...


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

"Saya nak tanya sejak bila pula Nik Abdul Aziz ini 'terima wahyu' sehingga dia boleh mengeluarkan 'fatwa' berdosa jika kerajaan Pas Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Jika benar beliau terima 'wahyu' berkenaan, sebutlah malaikat mana pula yang ditugaskan menyampaikan wahyu itu?
"Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan kembali negeri berkenaan daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang kononnya diperjuang parti tersebut.
Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.

Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.

"Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas 21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja," katanya.
-Utusan Online...

buka hati, buka minda, telusuri keagunganNya...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Pada pendapat saya, kalau dah lama memerintah bagilah kat orang baru pulak... Jangan sampai orang tarik bawak turun baru nak sedar... Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dah terlalu lama menjadi MB Kelantan dan dah tiba masanya untuk digantikan dengan pimpinan baru yang jauh lebih agresif dan segar... Cukuplah dah 20 tahun dah...

    ReplyDelete