» » » » Watak sebenar pemimpin PAS...!!!

Tanggal 20 September 2011 TPM dijadualkan akan merasmikan pasar baru Pekan Kedai Buluh, Marang di samping akan menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Marang.
Sebagai persiapan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang (PPUBM) ditugaskan untuk memasang bendera Jalur Gemilang, BN dan UMNO.

Memandangkan Pekan Kedai buluh terletak dalam kawasan DUN Bukit Payung yang diwakili oleh YB Ust. Mohd Nor (PAS) dan kebetulan Pekan Kedai Buluh merupakan antara "kubu kuat PAS" di Terengganu maka KP PPUBM telah bertemu dengan YB berkenaan untuk menyampaikan hasrat UMNO untuk memasang bendera.

Tetapi malangnya ungkapan ini yang dikeluarkan oleh YB berkenaan: "anta pasang ana akan cabut..." Hujahnya ialah program tersebut merupakan program kerajaan...

Hujah PPUBM pula ialah. Program perasmian memang program kerajaan tetapi sabutan hari raya adalah program parti dan parti yang menaungi kerajaan hari ini ialah UMNO/BN. Salah ke nak pasang bendera. Pihak UMNO tidak pernah menghalang pihak PAS untuk memasang bendera mereka dimana-mana yang mereka suka. Tetapi apabila kita ada program dan ingin buat perkara yang sama mereka pula menghalangnya.

Inikah sifat sebenar pemimpin PAS yang kononnya mengamalkan cara hidup Islam. Dimanakah sifat kompromi dan toleransi yang sememangnya antara sifat terpuji yang dituntut oleh Islam. betullah kata orang bahawa PAS hanya mengamal Islam ikut tempat. Jika memberi keuntungan kepada mereka itulah yang akan dijaja seluruh alam.

Itulah dia sifat sebenar seorang pemimpin yang dipilih oleh penyokong PAS. Bercakap tentang Islam bergegar alam maya tetapi hati busuk mengalahkan bau bangkai. Sedarlah wahai PAS, parti PAS kini hanya mengharap nafas dan nyawa dari DAP sahaja. Tidak lebih dari itu.

Sedarlah akan hakikat tersebut. Anda boleh menipu rakyat tetapi yakinlah bahawa rakyat tidak akan selamanya boleh terus ditipu melainkan penyokong PAS yang buta hati. PAS IS DEAD...

Kepada TPM Selamat Datang ke Parlimen Marang.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post