» » » Lanjut umur bersara adalah ancaman kepada BN...


























 Saya mewakili anak-anak muda di luar sini amat2 menentang usaha yang dibuat oleh KWSP, MEF dan MTUC untuk manaikkan umur persaraan kepada sekurang-kurangnya 60 tahun untuk sektor kerajaan manakala 70 tahun untuk sektor swasta.

Saya menyeru kepada pihak2 yang terlibat cermin diri dan tengok keadaan sekarang ini di mana generasi muda hari ini ramai yang tidak bekerja wapaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Bukan soal generasi muda terlalu memilih pekerjaantetapi hakikat yang terpaksa golongan ini hadapi ialah kerana pilihan untuk peluang pekerjaan terbatas.

Betul oang lama kaya dengan pengalaman dan pengalaman mereka amat berguna tetapi harus diingat generasi muda juga perlukan kerja untuk mereka menyara diri, keluarga dsb. Selain daripada pengalaman yang banyak apa lagi agaknya alasan yang ingin diberikan oleh berkenaan untuk mendesak kerajaan untuk menaikkan umur pencen ataupun persaraan.

Apa yang pasti jika kerajaan menyokong desakan tersebut tidak mustahil dalam PRU 13 yang akan datang ini golongan muda akan sekali lagi akan menggunakan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk membuat undi protes kepada kerajaan walaupun mereka tahu tindakan mereka itu ibarat membunuh diri.

Tetapi apa pilihan yang mereka ada apabila kerajaan yang ada kini seolah-olah tidak mendengar suara mereka. Jangan salahkan orang muda jika BN kalah dalam PRU 13 nanti gara-gara kerajaan mengikut desakan pihak yang terbabit.

Saya berharap pihak kerajaan bijak dalam membuat pilihan demi kebaikan semua. Saya rasa golongan lama pun tidak mahu bekerja terlalu lama apatah lagi sehingga umur 60-70 tahun. Di mana masa untuk mereka bersama keluarga, bila lagi mereka boleh meluangkan masa untuk beramal ibadah. Kepada seorang menteri wanita tu jangan terlalu cepat menyokong tanpa kajian yang terperinci kerana kelak akan memakan diri.

Bagi saya tahap umur yang ada sekarang sudah memadai untuk rakyat Malaysia. Kepada pihak yang rasa diri mereka itu mewakili golongan tertentu adakah cadangan tersebut menerima sokongan daripada ahli akar umbi mereka. Jangan sedap mulut saja bercakap tetapi ahli di bawah yang menanggung bebannya.

 Renung2kan dan selamat beramal....

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply