» »Unlabelled » HUDUD dan PAS???

Sudah agak lama ana tidak menulis kerana terlalu sibuk mengendalikan perniagaan yang baru diceburi dan memerlukan perhatian khusus. Namun hari ini ana tertarik dengan polemik isu hudud yag cuba dipopularkan kembali oleh PAS terutama oleh Nik Aziz.

Bagi ana (dan mereka yang sependapat dengan ana) ada  beberapa perkara mengapa isu hudud cuba disensasikan kembali oleh pembangkang terutama PAS. Antaranya ialah:-

PERTAMA: Isu Komunis dan MAT SABU.

Negara digemparkan dengan cubaan Mat Sabu yang jua merupakan Timbalan Presiden PAS yang cuba mengubah sejarah dengan mengangkat komunis sebagai hero dan wira sebenar disebalik tragedi serangan komunis di Bukit Kepong. Lantaran keceluparan itu Mat Sabu dihujani pelbagai sumpah seranah oleh majoriti rakyat yang cinta dan tahu sejarah tanah air terutamanya mereka terlibat dalam usaha membanteras pengganas komunis. Dengan saham PAS sebenarnya yang sudah mula jatuh mendadak itu ditambah lagi dengan kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia oleh Mat Sabu tersebut, maka PAS terpaksa mencuba untuk mengalihkan perhatian rakyat kepasa satu isu yang lain maka isu hudud menjadi pilihan mereka.

KEDUA: SAHAM PAS jatuh merudum di kalangan orang Melayu.

Isu hudud sememangnya satu perkara yang dilihat mampu mengubah perhatian rakyat untuk bersimpati dengan perjuangan PAS. Isu hudud cuba disensasikan kembali kerana ingin memerangkap UMNO/BN. Mereka akan cuba mengusulkan untuk meminda perlembagaan Oktober nanti bagi membolehkan perlaksaan Hudud. Yang mana mereka yakin perlembagaan tidak akan dipinda bagi membolehkan perlaksaan hudud. Jadi mereka akan menjaja seluruh Malaysia bahawa PAS telah mengusulkan untuk meminda perlembagaan tetapi usul itu tidak disokong oleh majoriti dewan kerana tidak mendapat sokongan daripada UMNO.

Hujah PAS untuk mengelirukan rakyat (orang Melayu) bahawa UMNO tidak menyokong hudud dan perkara itu telah menyebabkan usul pindaan perlembagaan tidak dapat dilaksanakan.

Hakikatnya ialah jika PAS benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan hudud khasnya mengapa mereka bekersama DAP yang terang dan nyata menolak perjuangan hudud PAS. Kita semua sedia maklum bahawa dalam pakatan sendiri tidak ada sebarang terma yang menyatakan akan mengadakan hudud. Malah PAS dengan bangga mengumumkan mereka menukar slogan perjuangan mereka daripada menubuhkan negara Islam kepada perjuangan menubuhkan negara berkebajikan.

Apa yang jelas ialah PAS  tidak lebih hanyalah sebuah parti politik yang hipokrit, menipu penyokong sendiri demi kepentingan perjuangn sempit pemimpin mereka. Kalau dilihat di kampung-kampung masih ramai penyokong PAS yang hidup bergantung dengan bantuan kerajaan.

"Jika ada hukum yang ditegakkan atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya."-Dr. Asri (Sinar Harian, Selasa 4/10/2111,msN4)

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply