» » » Terima Kasih TPM....

Alhamdulillah selesai sudah perasmian Pasar baru kedai Buluh yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yasin petang tadi.

Apa yang menarik disebalik ucapannya ialah apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada orang-orang PAS kerana menyambut kedatangannya ke sini dengan lambaian bendera-bendera besar PAS. Beliau berkata perkara tersebut adalah sebagai satu penghormatan kepadanya kerana ia adalah sebagai satu penghormatan kepadanya kerana mengalu-alukan kedatangannya ke sini.

Walaupun diakui Pekan Kedai Buluh merupakan antara kubu kuat PAS di Marang, namun sambutan daripada rakyat amat memnberangsangkan dan amat diluar jangkaan. Kerusi yang disediakan sebanyak 9000 buah. Namun dapat dilihat jumlah mereka yang berdiri dan duduk di atas tanah dan jalan juga ramai. Ini bermakna jumlah kehadiran adalah melebihi angka 9000 orang. Adakah ini adalah petanda bahawa UMNO/BN akan menggantikan PAS di DUN Bukit Payong dan di Parlimen Marang.


Rombongan YAB TPM telah disambut oleh konvoi bermotor Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Marang (PPUBM) seramai lebih kurang 500 orang yang berpakaian merah dan biru sebagai tanda sokongan anak muda kepada  perjuangan agama, bangsa dan tanah air.





Namun di sebalik segala keceriaan itu UMNO Terengganu telah kehilangan seorang tokoh yang amat berjasa kepada UMNO secara keseluruhannya apabila Datuk Awang Jabar yang juga merupakan penasihat agama kepada Menteri Besar telah meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan pada sebelah pagi ketika dalam perjalanan ke Dungun untuk menyambut ketibaan YAB TPM. Al-Fatihah dan semoga roh Allahyarham di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Muhyiddin Ucap Takziah Kepada Keluarga Awang Jabar

Baca laporan di sini untuk berita penuh...

Bagi orang Marang, lokasi kemalangan ini merupakan kawasan kemalangan maut kerana sudah banyak kemalangan maut berlaku di kawasan ini.

Terima kasih...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Terima kasih buat semua penduduk yang menjayakan program Perasmian Pasar Kedai Buloh ptg td.Jutaan terima kasih buat PAS kerana bersusah payah mengibarkan bendera.
    Al-fatihah buat arwah.

    ReplyDelete