» » » » PAS gadai segalanya demi kuasa???





Hari ini nampaknya perbincangan topik video seks Anwar Ibrahim telah mula mengendur kesan daripada isu Mat Sabu dengan komunisnya. Tapi tidak mengapalah kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Apa yang menarik berkenaan isu-isu yang melibatkan PAS ialah apabila ada kaitan dengan DAP, PAS pasti akan mengendurkan nadanya. Malah dalam isu perebutan kerusi dun pun PAS sanggup berkompromi demi menjaga ikatan "suci" dengan DAP. Sebaliknya apa pula pengorbanan DAP untuk menjaga "hati" PAS. Secara kasarnya ana sikitpun tak nampak. Sebagai contoh walaupun PAS hanya menang satu kerusi dun di Penang, apa salahnya jika melantik wakil tunggal PAS itu sebagai exco kerajaan negeri sebagai tanda terima kasih atas kerjasama PAS sehingga membolehkan pakatan menang besar di Penang dalam PRU 12 yang lalu.

Walaupun begitu PAS dilihat semakin berlembut dengan DAP dalam setiap perkara waimma dalam perkara-perkara yang boleh menggugat maruah agama Islam itu sendiri. Nampaknya dalam suasana politik hari ini yang memperlihatkan sokongan orang Melayu sudah kembali kepada UMNO dan BN, PAS dilihat rela untuk menggadai apa sahaja demi untuk kekalkan kuasa.

Isu terkini adalah isu Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan adalah satu isu yang ana rasa amat tak boleh diterima akal. Yalah masakan tidak, semua orang tahu siapa komunis, apa yang telah dilakukan oleh komunis suatu ketika dahulu. Dalam isu ini ana naik hairan apabila di kalangan pemimpin kanan PAS boleh dikatakan menyokong Mat Sabu. Malah MB kedah menyamakan perkara tersebut seperti peristiwa penderhakaan Jebat.

Apala nak jadi dengan PAS hari ini, jauh berbeza dengan PAS dahulu semasa zaman Allahyarham Presiden PAS sebelum ini. Ketika itu PAS mampu berdiri kuat tanpa ada tongkat untuk menongkat. Tapi hari ini semuanya sudah berubah apabila PAS dipimpin oleh barisan pemimpin yang rata-ratanya lemah dan menjadi alat kepada orang lain.

Buka minda, buka hati, telusuri keagunganNya...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply