» » » » » Hassan Ali kenapa sampai begini jadinya PAS...???


Seksa sangat ke, susah sangat ke nak perjuangkan Aqidah umat dan isu murtad dalam PAS. Kesian aku tengok Hassan Ali yang terpaksa meminta juruacara majlis umumkan bahawa kehadiran beliau ke perhimpunan sejuta ummat (HIMPUN) semalam 22hb.Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, terpaksa meninggalkan title YB nya, terpaksa meninggalkan keahlian PAS nya semata-mata untuk bersama-sama dalam HIMPUN.

Pemimpin PAS kalau nak selamatkan aqidah ummat Islam dari di murtadkan kena buat macam tu ke, Jadi apakah yang selama ini PAS perjuangkan?. Kalau soal Islam tidak boleh di bawa dalam PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, maka wajarlah nama parti itu di tukar aje lebih-lebih lagi PAS pun dah berkiblatkan kepada Negara berkebajikan bukan lagi Negara Islam.

Apapun tahniah lah Hassan Ali kerana di beri hidayah untuk hadir juga, Bukti bahawa jawatan dalam parti tidak membataskan aqidah kamu, tetapi setakat berlakon 3 jam aje buat ape, jam seterusnya masih bersekongkol menyokong mereka yang menyokong murtad buat apa.
 
 HASSAN ALI DEMI AQIDAH KAMU, DEMI AGAMA KAMU, DEMI MARUAH KAMU, DAN DEMI UKWAH UMMAT....PISAHKAN LAH DIRI KAMU DARI PAS.
 sumber: melayupasirgudang


NR:- Kenapa lah agaknya sampai begitu busuk politik PAS. Sehingga sanggup tidak menyokong Himpunan Sejuta Ummat (dalam menentang murtad). Walaubagaimanapun kehadiran Hassan Ali ke program tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kene dengan PAS kini. Kalau dulu boleh dikatakan agak terselindung tapi kini ia semakin jelas dan nyata.


Apa yang pasti dan kian jelas ialah PAS hanyalah sebuah parti politik yang terpaksa menggunakan Islam sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya Islam. 


Less Talk Work More...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Datuk Hasan Ali tahu apa yg diperjuangkan..Inilah namanya orang yg tahu hukum dan tahu apa yang 'sepatut'nya diperjuang oleh parti yg 'konon'nya gah memperjuangkan Islam..Dalam Islam tiada parti yg ada hanya perjuangkan yg telah termaktub didalam Al-Quran dan Hadis tanpa dicampur aduk dengan gila kuasa...Allah pelihara ISLAM...Amiinn...

    ReplyDelete