» » » » MERDEKA SEKSUALITI 2011...???



MALAYSIA digemparkan lagi dengan satu lagi program yang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia iaitu Program Himpunan Kebebasan Seksualiti 2011 yang dijangkan pada 9 November di Annexe Gallery berdekatan dengan pejabat Majlis Peguam.

Baca di sini.

Himpunan yang akan di ketuai oleh Pengerusi Bersih 2.0 iaitu Ambiga Sreenavasan menunjukkan bahawa moral masyarakat Malaysia semakin dicabar hebat oleh mereka yang berkepentingan. Mereka berselindung di sebalik Hak Asasi manusia dan kebebasan namun kita sebagai manusia perlu kepada undang-undang dan peraturan yang menjadi panduan perjalanan hidup manusia.

Kalau dulu menjadi bos BERSIH 2.0 tapi kini menjadi bos himpunan kebebasan seksualiti pula. Apakah pendirian PAS dalam isu ini. Jika PAS tidak menentang malah hanya berdiam diri sememangnya PAS berada dalam masalah yang besar. Jika PAS menyokong himpunan ini diadakan maka jelaslah bahawa PAS tidak lain hanyalah sebuah parti politik murahan yang sanggup menggadai apa sahaja hatta agama sekalipun demi mendapat kuasa dunia yang sementara. Dalam soal akidah pun PAS boleh buat pandang sebelah mata inikan pula soal moral manusia.

Norma masyarakat Asia khususnya mereka yang berpegang teguh dengan ajaran agama tidak kira apa agama sekalipun mereka pasti menentang usaha mungkar sebegini. Bagi ana isu paderi berkahwin gay di US. Iatu adalah soal moral masyarakat berkenaan bukan soal agama. Dia bekerja sebagai paderi namun dia tidak mampu mengekang nafsunya sepertimana dilarang dalam agamanya dek kerana undang-undang manusia (US) menghalalkannya.

Kita sebagai umat Islam belajarlah dan renunglah cerita kaum Nabi Luth a.s. Sesungguhnya kita umat Nabi Muhammad dan kita semestinya mahu Nabi mengaku kita sebagai ummatnya...

Kepada PAS, nyatakan pendirian PAS dalam isu ini... Cukuplah Islam dihina kerana pemimpin PAS yang gila kuasa. Cukuplah PAS menipu rakyat dengan pelbagai janji manis yang sehingga kini masih banyak yang belum tertunai.

Renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply