» » Seks Bebas satu ancaman...

Isu kebebasan seksualiti merupakan satu ancaman besar kepada negara kita yang dihormati sebagai sebuah negara Islam contoh. Isu kebebasan seksualiti yang dipelopori oleh mereka yang kononnya profesional ini adalah kerana ingin menekan dan mengancam Islam di negara ini.

Mereka kononnya mempromosikan hak asasi manusia. Bermula dengan kebebasan bersuara, selepas itu kebebasan beragama, kebebasan pendidikan dan kini mereka mempromosikan pula kebebasan seks pula. Apakah agenda sebenar di sebalik semua ini.

Ana rasa mereka ini sebenarnya ada agenda yang tersembunyi untuk meraih sokongan demi untuk menang dalam pilihanraya. Mereka ini sebenarnya mendapat dana dari luar untuk melakukan semua ini. Mereka ingin menyerang negara ini secara halus. Mereka tahu bahawa rakyat Malaysia jelas menolak seks bebas.

Kenapa perlu ada kekangan dalam setiap kebebasan? Sebabnya ialah bukan semua yang kita suka, orang lain akan suka dan bukan semua yang orang suka kita suka. Jadi untuk membolehkan semua orang senang perlu undang-undang yang memandu kehidupan kita. Kalau nak hidup hanya bersandarkan nafsu semata. Baik tak payah jadi manusia. Jadi binatang je. Sebab hanya binatang hidup mengikut hawa nafsu.
Kita manusia dianugerahkan akal dan nafsu untuk membezakan kita dengan binatang. Jadi kalau kita rasa kita ini manusia gunalah akal yang kurniakan itu dengan sebaik mungkin. Dan jangan kita sama tarafkan manusia itu dengan haiwan.
Kepada manusia yang rasa dirinya manusia gunalah akal itu dengan sebaik mungkin. Jangan tukarkan tamadun manusia dengan tamadun haiwan. Dunia sudah mengjangkau abad ke 21. Jangan dek kerana kemodenan itu kita mula mahu melupakan asal usul, adat, resam, norma dan agama yang kita anuti demi untuk meraih kuasa dunia yang sementara.
Kepada PAS sudah2lah menjadi boneka orang lain sehingga sanggup  menggadai apa sahaja hatta maruah diri demi menang pilihanraya.

Apa yang pasti kebebasan seksualiti bukan hak asasi manusia tetapi ia adalah hak asasi binatang.

Renungkan dan selamat beramal.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply