» » Selamat Bersidang...

Alhamdulillah... Bandaraya Kuala Lumpur telah mula dibanjiri oleh barisan perwakilan UMNO mulai semalam. hari ini lokasi sekitar The Mall dan PWTC telah mula meriah.

Pelbagai ragam manusia dapat dilihat dan dirakamkan. Tapi di sini ana tidaklah mahu menunjukkan kepalbagaian ragam manusia itu, cukup sekadar untuk berkongsi pendapat dan pesanan.

Kepada semua perwakilan dan mereka yang datang untuk mendengar ucapan-ucapan para perwakilan seterusnya amanat YAB Presiden, ambillah iktibar dan bersamalah kita pertingkatkan usaha untuk memastikan UMNO/BN akan terus menjadi tunjang kepada pemerintahan Malaysia ini.

Apa sahaja konklusi daripada persidangan yang diyakini yang terakhir sebelum PRU 13 ini merupakan satu penentuan untung nasib perjuangan bangsa Melayu Islam secara keseluruhannya. Percayalah segala tindak-tanduk kita akan diperhatikan dengan penuh harapan oleh harapan oleh rakyat yang cintakan keamanaan dan akan dipandang sinis dan serong oleh mereka yang dengkikan kejayaan UMNO/Bn selama ini.

Ana ucapkan selamat bersidang untuk semua dan yakinlah kejayaan pasti terus bersama-sama UMNO jika kita yang mendokongnya terus bersatu dan bersabar dengan segala ujian yang sedang menimpa kita. Yakinlah bahawa Allah akan bersama-sama dengan orang2 yang SABAR...

Renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply