» » » » » Semangat membara....

Alhamdulillah selesai sudah Persidangan Agung UMNO 2011 yang diyakini persidangan terakhir sebelum PRU13. Ana melihat persidangan kali ini amat memberangsangkan dengan pelbagai cadangan dan kritikan yang membina daripaha semua pembahas yang mewakili setiap negeri termasuk sayap-sayap parti UMNO.

Ana melihat persidangan kali ini penuh semangat dan membara sekali untuk mengembalikan kekuatan UMNO khasnya dan BN amnya.

Ucapan perasmian dan penggulungan YAB Presiden amat menyentuh dan kita boleh nampak akan keikhlasannya dalam perjuangan membangunkan negara ini terutamanya Melayu.

Apa yang tidak boleh dinafikan ialah dasar kerajaan untuk memajukan Melayu... Bukan sahaja akan memanfaatkan Melayu bahkan akan memberi manfaat kepada semua kaum termasuk Cina dan India. Hal ini adalah kerana semua kaum saling memerlukan antara satu sama lain. Ana tidak perlu menghurai panjang apa yang dimaksudkan kerana ana yakin semua orang faham apa yang dimaksudkan.

Negara ini tidak akan aman, sejahtera dan berjaya sepertimana yang kita kecapi hari ini jika tiada kerjasama antara kaum.

Ayuh bangkitlah Melayu untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Jika bukan UMNO yang memartabatkan Islam, jika bukan UMNO yang memartabatkan bangsa dan jika bukan UMNO yang mendaulatkan Raja2 Melayu... Sudah pasti tidak akan ada siapa lagi yang akan memperkasakan tiga intitusi tersebut. Kerana percaya atau tidak tiga institusi inilah yang menjadi tunjang perbentukan negara Malaysia yang tercinta ini.

Renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply