» » » » » » » Penyokong pembangkang memang kurang ajar...

Ana sudah agak lama tidak update entry dalam blog ini kerana terlalu sibuk dengan perniagaan yang baru dibuka.

Ana tertarik untuk menulis sesuatu hari ini dengan lompangan masa yang Allah kurniakan kepada ana. Apabila membaca akhbar hari ini ana amat terkejut dan kecewa dengan sikap sesetengah penyokong pembangkang terlalu biadab dengan tindakan mereka.

Insiden menurunkan bendera gambar PM di PWTC adalah satu perkara yang ana rasa tidak boleh diterima langsung kerana boleh dianggap sebagai tidak menghormati pemimpin. Apabila disuruh suruh memohon maaf, mereka dengan angkuh enggan memohon maaf dengan alasan sebagai peringatan agar PM menghormati hak mereka menuntut kebebasan (yang mereka inginkan).

Ana mengatakan mereka ini peyokong pembangkang kerana, tindakan mereka terang-terang umpama sikap penyokong pembangkang lain yang angkuh dan ego. Tengok sahaja pada sikap dan tingkahlaku mereka.
Sebagai seorang mahasiswa yang diberi ruang untuk belajar di universiti yang disediakan kerajaan dengan segala kemudahan yang disediakan kerajaan, setelah itu cuba menentang kerajaan kerana keinginan mereka disekat. Memang kerajaan berkewajiban menyediakan kemudahan untuk rakyatnya... Tetapi apakah pula sumbangan kita kepada kerajaan yang telah banyak membantu kita selama ini. Adakah dengan membalasnya dengan menurunkan bendera gambar PM dan juga melakukan perhimpunan haram itu sebagai tanda terima kasih anda kepada kerajaan??? Tepuk dada tanya iman.

Jangan kita golongkan diri kita dikalangan orang-orang yang tidak bersyukur kepada Allah. Kerana orang yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak bersyukur kepada Allah.

Sesungguhnya sejak pembangkang menunjukkan belang sebenar mereka, negara ini sudah semakin bercelaru. Kepada UPSI dan universiti lain yang mana pelajar mereka terlibat sama dengan kejadian tempoh hari, ana sokong mereka yang terlibat diberikan jalan keluar kepada mereka. Sesungguhnya rakyat negara ini tidak perlukan mereka yang kurang ajar, biadab, sombong dan angkuh untuk menjadi pemimpin.

Renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply