» » » » Apa dah jadi dengan PAS???

Kemelut yang sedang melanda PAS kinisudah berada pada tahap kritikal. Terutamanya kemelut yang sedang melanda PAS Selangor.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali. "PAS kini dipenuhi golongan profesional dan akademik yang sekular, kepimpinan sedia perlu kembalikan parti kepada perjuangan asal."

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru pula mendakwa Dr. Hasan dan Nasha kecewa kerana tidak dipilih dalam pemilihan yang lalu an dimaklumkan mereka tidak akan mengekalkan kerusi yang disangdang masing-masing.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula mendakwa walaupun tidak mendapat pencalonan yang cukup DUN Gombak Setia tetapi ada kerusi lain ditawarkan untuk Hasan.

Ironinya dalam keadaan PAS hari ini. Mampukah Presiden sekarang terutamanya mengembalikan PAS ke perjuangan asal apabila boleh dikatakan 80% orang kanannya adalah pemimpin yang "sekular". Timbalan Presiden PAS bukan seorang "ulama'", Naib Presiden pun bukan "ulama".. apatah lagi yang lainnya. Jadi mampukah Haji Hadi mengubah PAS dalam keadaan diri dia sendiri pun goyah dan dia sendiri terpaksa mengikut telunjuk orang lain samaada di dalam mahupun di luar PAS.

Mana mungkin PAS kembali ke perjuangan asal jika PAS hari ini sudah menyimpang jauh dari perjuangan asalnya. Kalau dulu PAS kata dia tidak menyokong UMNO kerana UMNo sebuah parti sekular. Tapi hari ini dalam PAS sendiri 80% pemimpinnya boleh dikatakan berfahaman sekular dan bukan dari golongan "ulama'". Buktinya dalam pemilihan PAS baru-baru ini. Ramai calon dari kem "ulama'" tewas kepada kem "sekular". Apakah makna semua ini...?

Apa yang nyata ialah perjuangan PAS hari ini sudah jauh menyongsang dan telah mengadap kiblat yang salah. Mungkin benar dakwaan Hasan Ali bahawa sokongan ahli dan penyokong PAS semakin mengendur kerana kalau dulu mereka menuduh dan mendakwa UMNO macam-macam sehingga ada yang mengkafirkan UMNO tetapi kini apa yang ditohmah itu mereka sendiri yang lakukan. Wallahua'lam.

Renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply