Meniti tibanya PRU 13 terasa amat memeritkan juga. Masakan tidak... dengan pelbagai fitnah yang cuba ditaburkan oleh pakatan pembangkang amat terasa jeliknya.
Apabila memikirkan akan sikap dangkal kerajaan pembangkang adakalanya ana tersenyum sendirian. Terasa macam bersikap kebudak-budakan sahaja pembangkang ini rupanya.
Disebalik kemelut yang kian meruncing dalam PAS. Di tambah pula dengan sikap tidak percaya kepada rakan dalam pakatan sehingga jawatan exco bagi port folio agama Islam tidak lagi diberi kepada PAS malah dipegang sendiri oleh MB. PAS hanya diberikan jawatan exco untuk menjaga adat resam Melayu sahaja tidak lebih daripada itu. Sedangkan kita semua tahu bahawa PAS sebelum ini dengan gah berkempen bahawa mereka kononnya ingin memperjuangkan Islam dan sebagainya. Tapi hari ini rakan mereka dalam pakatan tidak yakin untuk memberi tanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam kepada PAS.
Setelah mendapat pelbagai kritikan yang panas dari pelbagai pihak termasuklah dari Presiden PERKASA akhirnya presiden PERKASA tersebut akhirnya dikatakan tidak dibenarkan memasuki Selangor. Itulah perkara yang anak maksudkan tadi terasa macam buda-budak bergaduh aje. Tapi itulah hakikat pentadbiran kerajaan PKR di Selangor yang kononnya gah bercakap seolah-olah hanya mereka sahaja yang hebat dalam segala hal padahal hakikatnya indah khabar dari rupa...
Itulah lain kali jangan hanya pandai mengkritik apabila sudah diberi ruang dan peluang lain macam pulak jadinya. Kepada PAS renungkan dan fikir-fikirkanlah, Sebenarnya anda (orang PAS) hanya menjadi hamba dalam pakatan.
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: