Merujuk kepada gesaan pembangkang menurunkan 100 ribu orang ke perhimpunan membebaskan Anwar adalah satu contoh yang membuktikan pembangkang tidak sayangkan rakyat malah hanya menggunakan 'rakyat' bagi membolehkan mereka mencapai matlamat dan impian mereka.
Lihat saja segala perbuatan mereka yang telah banyak menyimpang daripada nilai murni manusia iaitu dengan mengenepikan hak dan majoriti rakyat untuk hidup aman dan dapat menjalankan kerja seharian dengan aman dan sentosa.
Sebaliknya mereka ingin mengadakan perhimpunan yang sudah pastinya akan mengganggu urusan seharian rakyat mencari rezeki. Mereka berkata bahawa perhimpunan itu tidak akan mengganggu orang lain jika tidak diganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Siapa yang tidak bertanggung jawab, adakah polis dan pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga keamanan negara. Apabila sudah ada perhimpunan sehingga ribuan manusia berkumpul, sudah pasti akan mewujudkan suasana kurang senang orang lain, sudah pastinya sampah akan bersepah dan merata-rata.
Tidakkah melanggar arahan dan peraturan pihak berkuasa juga merupakan satu dosa. Dimanakah letaknya pemahafan pemimpin PAS terhadap ayat Allah yang bermaksud, "taatilah Allah dan taatilah rasul serta pemimpin dari kalangan kamu..."
Tidakkah mereka mengambil iktibar dari apa yang berlaku di negara Asia Barat dan Timur Tengah. Walaupun kemenangan berada dipihak yang menentang, tetapi sehingga ke hari ini negara tersebut tidak aman. Rusuhan masih berlaku, perang saudara berterusan. Adakah suasana seumpama ini yang cuba dibuat oleh pembangkang ini.
kepada rakyat majoriti yang cintakan keamanan, marilah kita bersama-sama menentang dan tidak menyokong sebarang usaha oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini untuk menhgancurkan negara.
Renungkan dan ambillah iktibar...
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: