Hangat diperkatakan sekarang ini tentang hasrat PKR untuk mengadakan Himpunan bebaskan Anwar 901. Malah ada ura-ura dan kenyataan pemimpinnya untuk membawa 100 orang bagi menjayakan hasrat "songsang" puak-puak ini.

Kalau dilihat sejarah Anwar sejak dari zaman pelajarnya, namanya disebut-sebut sebagai bakal pemimpin utama negara adalah ketika zaman pelajarnya. Maka hari ini bagi melaksanakan hasrat dan impiannya ke Putrajaya dia sekali lagi dikatakan akan menggunakan mahasiswa untuk  menjadi bentengnya ketika keputusan kes liwatnya akan diketahui pada hari tersebut.

Hakikatnya Anwar hanya berani bersuara apabila ada orang lain yang menyokongnya. Lihat saja dalam perbicaraan kes liwatnya itu pelbagi permasalahan cuba diungkitkan dan dibuat-buat untuk melengah-lengahkan perbicaraannya. Malah dia sendiri takut untuk mengikuti sesi bela diri secara terbuka.

Lihat sajalah sikap pengecut ketua pembangkang yang dayus ini. Rakyat majoroti merayu agar keseluruhan rakyat menolak perhimpunan yang cuba dibat oleh golongan yang tidak reti bersyukur ini. Rakyat hanya mahu hidup bebas, aman dan tenteram sahaja. Rakyat tidak perlukan pemimpin yang cuba menggunakan rakyat untuk melindunginya tetapi rakyat perlukan pemimpin yang boleh melindungi rakyat.

Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan karenah Anwar dan partinya iaitu PKR yang selalu cuba  memporak perandakan negara.

Kepada semua yang cuba-cuba untuk menyertai perhimpunan seumpama itu, fikirlah seribu kali untuk berbuat demikian, fikirkan orang tersayang kerana macam-macam oerkara boleh berlaku dalam keadaan sedemikian. Jika terjadi apa-apa kepada diri tuan-tuan jangan salahkan pihak berkuasa yang melaksanakan undang-undang kerana anda sudah diberi amaran.

Renungkan dan ambillah iktibar... Sayangi diri, keluarga, masyarakat dan negara....

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply