» » » PAS halang HIMPUN???

 

Rakyat semakin tertanya-tanya apabila program Himpunan Sejuta Ummat Selamatkan Aqidah (HIMPUN) cuba disabotaj oleh PAS. Umum rakyat mengetahui bahawa HIMPUN diadakan bagi memberi penjelasan dan maklumat kepada rakyat tentang permasalahan aqidah yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia.
Umum juga mengetahui bahawa terdapat pihak tertentu yang sedang giat memurtadkan umat Islam dengan pelbagai cara. Persoalan ancaman aqidah ini menjadi semakin meruncing apabila segala tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut seolah-olah mendapat restu daripada PAS.

Dalam banyak keadaan PAS dilihat hanya berdiam diri dan kadang-kadang bertindak seolah-olah mereka tidak menghalang usaha jahat pihak terbabit. Lihat sahaja dalam soal HIMPUN mereka cuba menghalang penyokong mereka untuk dari hadir ke program tersebut. 

Ana ingin beri dua keadaan bagi membolehkan pembaca membuat penilaian tentang PAS.

Pertama: HIMPUNAN BERSIH

Penyokong dan rakyat diminta untuk turun beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN. Berarak beramai-ramai sehingga mencetuskan keadaan tidak aman. bagi ana itu semua bermotifkan politik semata-mata.

Kedua: Himpunan Sejuta Ummat Selamatkan Aqidah.

Penyokong dan rakyat dihalang daripada menghadiri HIMPUN. HIMPUN bukan aturcara politik tetapi diadakan semata-mata demi kepentingan untuk menyedar dan menyelamatkan aqidah ummat.

Persoalannya kenapakah PAS tidak menyokong malah bertindak menghalang orang dari menghadiri HIMPUN.

Renungkan dan fikir-fikirkanlah demi aqidah anak cucu kita yang akan datang. Selamatkan Islam, Selamatkan Malaysia.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply