Anwar Sokong Israel, PAS Sokong Anwar...???
Polemik Anwar berkenaan sokongannya terhadap Israel amat mengjengkelkan rakyat Malaysia khasnya dan dunia islam amnya. Bercakap dengan orang itu lain katanya. Bercakap dengan orang ini lain pula bunyinya. Lidah bercabangkah makhluk Allah ini.
Apabila heboh dibincang dan diperkatakan oleh media arus perdana terutamanya yang pro kerajaan dikatakan media tersebut memutar belitkan kenyataannya sedangkan laporan tersebut boleh dibaca dengan jelas di Wall Street Journal.
Sibuk pula dia ke hulu ke hilir menyatakan WSJ telah salah faham ucapannya. Satu persoalan kepada Anwar ialah: kenapa tidak di saman sahaja WSJ jika benar media tersebut tersalah lapor. Tidakkah laporan WSJ itu menjejaskan maruah dan kepercayaan orang kepadanya. Seandainya perkara tersebut berlaku kepada media dalam negara sudah menjadi satu kepastian Anwar akan saman media terbabit dengan jutaan ringgit malah mungkin puluhan juta ringgit.
Tetapi yang mengeluarkan laporan adalah WSJ maka Anwar katanya tidak akan menyaman WSJ. Kenapa begitu...??? Tidak dada tanyalah iman. Adakah kerana WSJ milik kroni Yahudi??? memang :"double standard" betulla makhluk Allah ini.
Semalam diberitakan Anwar bertemu dengan Nik Aziz untuk berutahu perkara sebenar berkenaan isu Israel dan dia kata Nik Aziz terima pandangannya.... Alih-alih hari ini Nik Aziz dikatakan berkata melalui facebooknya menegaskan bahawa pendirian PAS dalam isu Palestin jelas iaitu parti itu tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.
"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini."-Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kenapa berlainan pula pula corak laporannya...??? Atau adakah sekadar untuk menyedapkan telingan penyokong masing-masing.
Ironinya walaupun apa yang berlaku selepas ini telah terbukti terang dan nyata Anwar Ibrahim adalah "proksi" Yahudi Zionis di Malaysia. dan tidak mustahil benar kata Tun Dr. Mahathir bahawa terdapat parti politik tertentu dan NGO tertentu yang mendapat dana asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Renung-renung dan fikir-fikirkanlah.
No comments: