» » » » Jawapan kepada Nik Aziz,,, (PART 1)

Pernahkah anda melihat klip video di bawah...


Apa kata kalau baca hujah di bawah pula:-

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W TIDAK SAMA DENGAN KELAHIRAN BAYI YANG LAIN

          Berkata para ahli sejarah (seperti pemilik kitab Ar-Raudh Al- Anif dan yang lain): Baginda dilahirkan dalam keadaan bersandar dengan kedua tangannya memegang tanah dan kepalanya menghadap ke langit serta menjulurkan jari telunjuk seperti halnya orang yang sedang membaca tasbih.

Berkata Ibnu Al-jauzi: Muhammad bin Sa'd telah meriwayatkan daripada segolongan ahli ilmu, sesungguhnya Aminah berkata: Saya telah dihadapkan pada kelahiran (bayiku), namun tiada kepayahan pada diriku. Ketika Baginda terpisah (lahir), maka terpancar cahaya yang dapat menyinari kawasan Timur dan Barat. Baginda jatuh ke tanah dengan bersandarkan pada kedua tangannya.

Berkata Ikrimah: Ketika Aminah melahirkan Muhammad, maka beliau meletakkannya di dalam di sebuah bakul dan setelah itu saya mengangkat bayi tersebut. Beliau berkata: "Aku melihat bayi tersebut, pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit."

Berkata Abbas bin Abdul Muthalib: Rasulullah s.a.w dilahirkan dalam keadaan telah dikhatan dan telah dipotong tali pusatnya, maka Abdul Muthalib merasa hairan dan kagum serta berdiri di sampingnya seraya berkata: "Sesungguhnya pada diri anakku ini terdapat keajaiban."

Ini adalah seorang lelaki yang akan memimpin dunia dan merupakan makhluk Allah S.W.T yang paling agung. Bagindalah pemilik telaga di syurga, pemilik syafaat, pemilik kedudukan yang terpuji dan pemilik bendera yang tertancap. Baginda lahir dalam keadaan mengangkat kepala ke langit, seorang bayi yang dengan menghulurkan jari telunjuknya bagi mengisyaratkan tauhid, kerana baginda adalah orang yang datang dengan membawa ajaran tauhid. Ini merupakan masa dan waktu yang pertama. Baginda juga dilahirkan dalam keadaan suci, bersih, wangi dan penuh berkah. Tiada seorangpun yang mengkhitankan, tiada doktor yang menyentuhnya. Allah S.W.T telah menginginkan kebaikan pada semua makhluk dengan kelahiran seorang imam yang agung.

Berkatalah seorang penyair:

Sesungguhnya bumi yang terhampar telah dilihat dan diperhatikan oleh Tuhan ketika hari diutusnya Ahmad, maka Dia merubah keadaan dan kondisi bumi tersebut.
Allah telah memuliakan manusia ketika memilih orang yang paling baik bagi penduduk bumi dan menjadikannya sebagai bintang dan bulan (yang menyinari bumi).

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply