» » » » PAS dalam transformasi atau reformasi...???

 

 Unsur-unsur liberalisme dan pluralisme dalam PAS semakin ketara kebelakangan ini. PAS bagaikan dilanda ombak tsunami yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana elemen Islam konservatif sekalipun. Sebaliknya, PAS berbangga dengan perubahan yang mereka sedang lakukan sekarang, dengan memberi alasan kononnya ia adalah tindakan perlu demi menunjukkan yang Islam itu maju dan Islam itu tidak menyusahkan.

Bagaimanapun, kefahaman dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, adakalanya banyak menyentuh akidah dan tidak sekadar bersifat hubungan sesama manusia sahaja. Namun PAS tidak menghiraukan kepentingan akidah sebaliknya yang dipentingkan adalah pengaruh serta undi yang bakal diperolehi dari kaum bukan Islam.


Ishak Surin membaca doa
Itulah yang berlaku apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75, menunjukkan perangai talam dua mukanya terhadap umat Islam. ‘Ajaran’ yang ditunjukkan oleh Ishak Surin nyata merupakan satu bidaah besar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin muktabar Islam, baik dari zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke mutakhir ini, kecuali yang melibatkan golongan yang menyokong liberalisme, pluralisme dan moderat keterlaluan.

Ishak Surin telah mengetuai rombongan dua buah bas sekolah yang bernombor pendaftaran WDD 5358 dan NAD 2317 dalam Jelajah Warisan yang bermula dari jam 8:00 pagi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur-Jalan Sultan, Kuala Lumpur-Kampung Banda Dalam, Sentul, dan berakhir di Ampang.


Selamatkan tokong!
Kesemua ahli-ahli rombongan adalah ahli-ahli dan penyokong PAS, DAP dan PKR.

Tindakan Ishak Surin yang kemudian membaca dan mengaminkan doa agar Tanah Warisan Bangsa termasuklah Tokong Mee Thor Gan di Ampang, dilihat sudah amat keterlaluan.

Memang benar, tidak salah berdoa di dalam tokong, bahkan di mana-mana termasuklah di dalam tandas dan bilik air, apatah di kandang babi. Tetapi berdoa di dalam Islam, mempunyai tatacara dan disiplin yang sangat tersendiri, sekaligus menunjukkan betapa hambanya mereka yang memohon munajat serta berdoa kepada Khaliq yang Maha Mengetahui. Permohonan munajat atau doa seringkali disunatkan dengan cara-cara atau kaedah yang lebih bersopan kerana doa tersebut diharap dapat dikabulkan oleh Allah Taala.

Kalau Syaidina Umar Al-Khattab r.a sendiri pun bersolat di luar sebuah gereja di Baitulmaqdis ketika Khalifah Ar-Rasyidin kedua itu melawat Tanah Haram itu biarpun Al Quran membenarkan sembelihan dan perkahwinan dengan wanita-wanita Ahli Kitab, atas dasar apa pula alasan yang bakal diberikan oleh Ishak Surin ketika dia berdoa dan mengaminkan doa di dalam sebuah tokong yang terang-terang menyengutukan Allah Taala dengan pelbagai patung dewa?

Manhaj manakah yang dituruti oleh Ishak Surin dan PAS?

Sumber: keris warisan FB 

PS: Apa komen Nik Aziz, Hadi Awang, Nasruddin...???

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments: