» » 1997: Mereka BOHONG!!!???

Hari ini terbukti sekali lagi bila Anwar menipu rakyat apabila beliau berjanji akan menghapuskan PTPTN dan melangsaikan hutang sedia ada. Dalam sekelip mata pula beliau bertukar corak dan berkata bahawa hutang PTPTN akan dilangsaikan dan pendidikan percuma hanya pada yang miskin sahaja dan tidak pada yang kaya dan maha kaya. Di sini>

Yang dipertikaikan disini ialah bagaimana beliau merangka sesuatu sambil berjalan dan mengubahnya sesuka hati mengikut sedap mulut. Boleh kah kita percaya cakap orang seperti ini !

Pembohongan yang akan dipamirkankan di sini ialah semasa perangkaan PTPTN, sebenarnya Anwar memang bersetuju ketika beliau memangku jawatan Perdana Menteri mengantikan Tun Mahathir semasa Tun bercuti dua bulan. Malahan Bill yang dibentangkan oleh DS Najib sebagai Menteri Pendidikan ketika itu pada 1997 turut dipersetujui oleh Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Yang peliknya, pembohongan itu turut terbukti dan termaktub didalam Hansard Parlimen dimana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng turut bersetuju dengan bill yang dibentangkan. Malah Guan Eng meminta tambahan peruntukan untuk Tabung PTPTN.

Lihat Hansard Parlimen dibawah, bertarikh 14 May, 1997. Sebagai tanda bukti hipokrat Pakatan.

"(Tuan Lim Kit Siang [Tanjong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan Rang Undang Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk memperuntukkan satu tabung bagi membenarkan anak-anak kita berpeluang melanjutkan pendidikan tinggi dan menyediakan bantuan kewangan melalui pinjaman pendidikan atau selainnya kepada pelajar yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi. – Hansard Parlimen, Lim Kit Siang.

"(Tuan Lim Guan Eng) : RM100 million is not enough. If the government is really sincere, they should consider to start at least with the amount of RM1 billion". – Hansard Parlimen, Lim Guan Eng dari The Mole>

Itu lah Pakatan Rakyat bersama pemimpin-pemimpin mereka yang kaki penipu secara terang-terangan dan hipokrat tidak sudah-sudah.

Sumber: HHALEM

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply