Sekarang ini sedang berlangsung di depan bangunan Yayasan Terengganu. Terdapat kira-kira 300 orang sahaja. Demo ini telah menyebabkan kesesatan lalu lintas di hadapan bangunan yayasan tersebut.
Adakah ini pelajar yang ditarik pinjaman tu...
Kehadiran mereka dikatakan ingin membela nasib 9 orang pelajar yang ditarik balik pinjaman mereka gara-gara menyokong dan menyertai himpunan BERSIH di Mesir.Namun adakah mereka sedar akan kesan daripada tindakan mereka. Kehadiran mereka menyebabkan gangguan kepada orang lain yang ingin menjalankan urusan seharian mereka.
Mereka bergerak dari depan bangunan Yayasan Terengganu dan sedang berkumpul di depan Wisma Darul Iman.
Apa yang nyata mereka pasti tidak ikhlas dalam apa yang mereka lakukan kerana yakin semuanya bermotifkan politik... Mungkin rakyat simpati dengan mereka namun rakyat juga sudah muak dengan perangai dan tingkah laku puak-puak ini. Ketika kerajaan memberi ruang dan peluang kepada mereka mereka menghina dan mencemuh kerajaan.
Setelah segala bantuan dan kemudahan diberikan maka layaklah kerajaan menarik balik bantuan kepada mereka kerana mereka tidak tahu berterima kasih dan bersyukur...
No comments: