» » BERSIH 3.0: Episod sebuah kegagalan...

Mungkin disebabkan jumlah yang datang tidak seperti yang dijangka, maka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan langkah untuk merempuh Dataran Merdeka bagi menarik perhatian semua pihak ke arah Bersih 3.0.Itu memang kepakaran Anwar Ibrahim. Dengan adanya aksi gas pemedih mata dan meriam air, ia umpama memberikan slot debaran dan penuh aksi kepada Bersih 3.0. Slot seperti ini boleh menghangatkan suasana dan perhatian anggota masyarakat.Jika tiada rempuhan ke Dataran Merdeka siang tadi, apakah Bersih 3.0 akan mendapat lebih banyak perhatian daripada sekarang? Pastinya tidak, menyedari hakikat itu, Anwar mula membakar sentimen peserta sebaik menjejakan kaki ke kawasan berhampiran dataran itu.Anwar berjaya mewujudkan senario rakyat (sedangkan semuanya hanyalah penyokong pembangkang) telah bangun membantah kezaliman kerajaan.- blog badut rakyat

Mengimbas kembali kejadian yang amat memalukan negara hari ini telah menggambarkan kepada rakyat bahawa pembangkang sebenarnya bukan penyelamat rakyat Malaysia seperti mana yang dicanangkan oleh mereka.

Buktinya apa yang berlaku dalam drama berepisod BERSIH 3.0 amat memalukan dan menggelisahkan rakyat. Terutamanya mereka yang kehidupan seharian mereka tertumpu di lokasi yang terlibat dengan perhimpunan yang memalukan ini.

Apa yang dapat dibuktikan ialah usaha mereka untuk menunjukkan kerajaan yang ada sekarang zalim adalah GAGAL sama sekali kerana segala apa yang berlaku (keganasan) hari ini adalah berpunca daripada mereka sendiri yang dilihat memprovokasi pihak berkuasa supaya pihak berkuasa bertindak ganas terhadap mereka.

Bukan pihak berkuasa yang ingin bertindak ganas kepada mereka tetapi mereka yang meminta supaya diambil tindakan. Masakan tidak apabila mereka ini seolah- olah mencabar pihak berkuasa.

Lihatlah rakyat Malaysia betapa jahatnya mereka ini. Niat mereka hanya satu iaitu ingin menggulingkan kerajaan sedia ada.

Namun disebalik apa yang berlaku jelaslah bahawa pemimpin pembangkang sememangnya tidak layak untuk menjadi peneraju negara ini kerana mereka hanya tahu menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat bukannya mahu menyatukan rakyat.

Ana ingin tegaskan pemimpin pembangkang tidak layak menjadi peneraju negara ini kerana mereka lebih banyak membawa contoh yang tidak baik daripada membawa kemakmuran kepada negara...

Renung2 dan fikir-fikirkanlah...

Laporan lanjut: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/04/bersih30-gagal-puak-pakatan-haram.html

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply