» » Pembangkang mengancam keamanan negara???

Tamat sudah episod Bersih 3.0 yang akhirnya menunjukkan kepada kita bahawa pakatan pembangkang tidak lain hanyalah agen perosak perpaduan negara.

Drama dramatik yang di tayangkan di layar besar yang berlatar belakangkan Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya menggambarkan sikap sebenar penganut fahaman pembangkang yang ditanam ideologi pengganas.

Babak yang amat menggerunkan apabila anggota keselamatan diugut, dicaci, dimaki dengan kata- kata kesat menunjukkan bahawa gambaran perhimpunan aman hanyalah retorik semata- mata. Ibarat kata manis hanya di bibir tapi realitinya sepahit hempedu.

Perhimpunan yang kononnya menuntut pilihanraya yang lebih bersih tidak kain tidak bukan hanyalah usaha untuk mencemarkan imej negara di mata dunia.

Mereka ingin menggambarkan kepada dunia seolah- olah kerajaan yang ada hari tidak mengamalkan demokrasi. Yang sebenar. Adakah pilihanraya masih tidak telus apabila 5 negeri dikuasai pembangkang pada PRU 12.

Apa yang nyata ialah apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang telah mengancam keselamatan negara dan rakyat. Lihat sajalah kekacauan dan kerosakan yang ditimbulkan telah menjejaskan keamanan dan kebebasan penduduk sekitar yang mencari rezeki di kawasan sekitar.

Yakinlah rakyat Malaysia bahawa pembangkang di Malaysia langsung tidak berkualiti, mereka tidak layak untuk memerintah Malaysia tidak seperti kerajaan sedia ada yang telah terbukti berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat tanpa mengira apa jua fahaman.

Renungi dan fikir- fikirkanlah.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply