» » » Demokrasi dan Kebebasan dalam PKR...???



Mengulas tentang isu pemecatan Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang yang dipecat gara-gara mendesak Azmin Ali supaya memberi penjelasan tentang isu saham jutaan ringgit yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya. katanya kalau Azmin tidak mahu memberi penjelasan baik keluar sahaja daripada PKR.

Itulah sebenarnya demokrasi dan kebebasan bersuara yang terdapat dalam PKR. Demokrasi dan kebebasan bersuara yang wujud dalam PKR sehingga pemimpin tertingginya terutamanya Anwar dan Azmin langsung tidak boleh ditegur. Kalau ditegur lihat sahaja apa yang terjadi pada Ketua Penerangan PKR Ampang tersebut.

Sebenarnya apa yang berlaku menunjukkan imej sebenar PKR. Demokrasi dan kebebasan bersuara yang dicanang-canang hanyalah manis di bibir ibarat menanam tebu di pinggir bibir. Ia hanyalah sandiwara untuk menawan rakyat supaya terus menyokongnya.

Namun apa yang telah ditunjukkan hanyalah sedikit daripada sikap sebenar pemimpin tertinggi PKR. Lihat saja apa yang berlaku kepada YB Zul Nordin, Zaid Ibrahim yang dipinggirkan dan YB Hasan Ali malah ramai lagi.

Pendek kata demokrasi dan kebebasan bersuara dalam PKR hanyalah omongan kosong yang cuba dijadikan pakaian tetapi hakikatnya palaian itu koyak di sana sini.

NR: Rakyat bukan selamanya boleh diperbodohkan kerana rakyat bukan bodoh untuk selalu ditipu. Kepada rakyat yang mempunyai kuasa memilih jangan biarkan diri anda terus diperbodohkan oleh gerombolan pakatan yang akan memusbahkan impian masa depan kita. Renung dan fikir-fikirkanlah

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply