» » "Umpama hantar ke gereja"


Baru-baru ini majlis bacaan Yasin diadakan sempena ada ahli PAS pergi mengerjakan umrah di kampung ana.

Bukan niat untuk mempertikai majlis bacaan Yasin tersebut. Tetapi selepas bacaan Yasin macam-macam fitnah ditabur. Antara yang menarik perhatian ana ialah selepas bacaan Yasin ada sesi ceramah. Dalam sesi ceramah itu penceramah berkenaan menyatakan bahawa menghantar anak ke tadika Kemas ibarat menghantar anak ke gereja.

Subhanallah... Sampai ke tahap itu ceramah di beri dalam majlis yang pada mulanya amat baik namun bertukar kepada majlis menyebar fitnah. Sedangkan menghantar anak-anak ke tadika adalah untuk mereka belajar dan menimba ilmu.

Ana tidak berniat untuk mengulas panjang. Rakyat di luar sana gunakanlah akal bersendikan iman untuk menilai apa yang ana sampaikan. Peristiwa di atas berlaku di kampung ana sendiri dan ramai yang menjadi saksi. Tidak perlulah ana nampakkan siapa penceramah itu yang dia daripada "penganut" PAS.

Renungkan dan fikir-fikirkanlah ke mana sebenarnya hala tuju hidup kita ini. Ucapan umpama hantar ke gereja seolah menyamakan orang yang hantar anak ke tadika Kemas dengan orang kafir.

Allah itu Maha Mengetahui.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply