Dalam meniti hari-hari yang mendatang menjelang PRU 13. Masyarakat kita disajikan dengan pelbagai karenah generasi muda yang amat keterlaluan. Apatah lagi mereka ini disokong oleh mereka yang berkepentingan.
Segalanya boleh dikatakan bermula daripada peristiwa kelakuan biadab seorang yang kononnya mahasiswa yang telah menurunkan bendera yang mempunyai wajah DS Najib di PWTC.. Motif yang terang berbaur politik ini menyebabkan dia disanjung bagaikan wira oleh puak pembangkang.
Rentetan dari itu berlaku pula demonstrasi di UPSI yang kononnya menuntut pemansuhan AUKU. Ironinya MB Kedah ataupun lebih kukuh lagi disebut sebagai kerajaan Kedah telah menggunakan AUKU untuk membendung kelakuan mahasiswa di KUIN.
Selepas beberapa siri demonstrasi jalanan murahan maka timbul pula isu pemansuhan PTPTN sehingga berlakunya demonstrasi di Dataran Merdeka yang secara jelasnya menunjukkan siapa dalang sebenar di sebalik segala permasalahan yang berlaku.
Kelakuan dan tingkah lalai mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut amat memalukan lagi menjengkelkan. Mereka menghina pimpinan negara dengan kalungan bunga ibarat orang beragama Hindu yang mati (lihat posting sebelum ini). Mereka menggelar DS Najib sebagai mendiang. Inikah akhlak Islam yang diajar oleh tok guru mereka sehingga mereka tergamak berkelakuan seperti itu.
Inikah golongan muda yang patut disanjung? Inikah golongan muda yang patut dicontohi? Inikah golongan muda yang diyakini untuk mewarisi kepimpinan yang akan datang? Jauh panggang dari api.
Jika beginilah akhlak anak muda yang dididik oleh "ulamak" PAS, maka yakinlah bahawa PAS tidak layaka untuk menggantikan UMNO dan sekaligus pembangkang tidak layak untuk mengurus tadbir Malaysia. Kenapa tidak??? Ini adalah kerana, jika mereka tidak mampu untuk mendidik anak buah mereka supaya menjadi manusia yang berakhlak, sudah pasti mereka tidak mampu dan tidak layak untuk memimpin negara ini. Yakinlah Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar.
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: