Sedikit tazkirah yang saya petik dari akhbar rasmi Pas, harakahdaily
Buruk padahnya jika engkari janji
Ini kerana orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori manusia yang dilabelkan sebagai talam dua muka. Tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu billah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya: "Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."
Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis ini, membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik. Apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.
Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.
Setiap pelajar yang mendapat pinjaman dari Yayasan Terengganu sebelum menerima pinjaman telah diberikan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman. Jika mereka setuju untuk menerima syarat-syarat tersebut, maka mereka hendaklah tandatangan persetujuan perjanjian itu dan pinjaman akan diberikan kepada mereka.
Dalam kes ini kesemua sembilan pelajar yang ditamatkan pinjaman mereka itu telah tandatangan persetujuan syarat-syarat pinjaman yang ditetapkan Yayasan Terengganu. Mereka sendiri tahu jika perjanjian itu tidak dipatuhi maka mereka akan terima akibatnya. Harakah sendiri dalam tajuk tazkirah seperti diatas telah meletakkan tajuk Buruk Padahnya Jika engkari Janji.
Berikut adalah antara sebahagian syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu dan ditandatangan oleh sembilan pelajar berkenaan sebelum mereka terima pinjaman.
3.2 Syarat Perjanjian
Para 1 (c) bahawa sepanjang kursus pengajian itu ia tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan yang difikirkan oleh LEMBAGA sebagai berlawanan dengan kepentingan PENUNTUT atau Negara dan hendaklah berhenti daripada mengambil bahagian selanjutnya dalam kegiatan itu, jika dikehendaki oleh LEMBAGA atau wakil-wakilnya berbuat demikian.
Para 2 Adalah selanjunya dipersetujui dan diakui bahawa penuntut tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasanya perjanjian ini iaitu dalam masa tempoh kursus, latihannya dan juga kemudian daripadanya sehingga tamat tempoh pekerjaanya dibawah perenggan (j) fasal 1 perjanjian ini.
(a) Mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana- mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.
(b) Menyedia atau mengatur dengan apa-apa cara, atau mengambil apa jua bahagian dalam menyedia atau mengaturkan sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan dimana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.
(c) Menyediakan, menyiarkan, membahagi – bahagi atau mengedarkan atau mengambil bahagian dengan apa – apa cara dalam menyediakan, menyiarkan, membahagi – bahagi atau mengedar apa – apa dokumen atau lain – lain bahan yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.
(d) Membuat apa – apa penyataan di sesuatu perhimpunan apa – apa kumpulan orang di mana – mana tempat yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan MALAYSIA atau sesuatu institusi pendidikan.
Itulah yang mereka tandatangan sebelum mereka terima pinjaman. Dan mereka telah tahu risiko yang bakal mereka terima jika persetujuan dicabuli.
Hari ini apabila pinjaman mereka ditamatkan, tiba-tiba pemberi pinjaman pula dituduh zalim dan kejam. Benarlah apa yang dikatakan oleh Adun Pas Terengganu, Syed Azman@Pembohong Bersiri, binatang di zoo lebih baik dari sembilan pelajar tersebut.
Semoga Kerajaan Terengganu dapat mengambil tindakan mempamerkan kepada umum perjanjian-perjanjian yang ditandatangan oleh sembilan orang tersebut. Biar semua masyarakat tahu dan jelas dengan apa yang berlaku.
Sumber: rbf online
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: