» » Pembangkang tidak Layak menjadi pentadbir Malaysia...???

Merujuk kepada segala berita dan kepincangan yang ditimbulkan yang ditimbulkan oleh pembangkang. Bolehlah ana membuat kesimpulan bahawa, pembangkang sememangnya tidak layak untuk mengambil alih pentadbiran negara ini kerana mereka segala jelasnya tidak menghormati rukun negara.

Rukun negara didasari dengan 5 prinsip berikut yang telah diajar sejak di bangku sekolah lagi iaitu:
1- Kepercayaan kepada Tuhan.
2- Kesetiaan kepada raja dan negara.
3- Keluhuran perlembagaan.
4- Kedaulatan undang-undang.
5- Kesopanan dan kesusilaan.

Berdasarkan kepada prinsip2 di atas ana akan ulas tindakan pembangkang terutamanya PAS yang secara amnya telah melanggari prinsip2 rukun negara.

PERTAMA Kepercayaan Kepada Tuhan

Berdasarkan kepada laporan di media siber, media elektronik dan media arus perdana mahupun tabloid! Pihak pembangkang secara jelas melanggari prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.Kenapa saya berkata demikian. Pembangkang telah melanggar prinsip kepercayaan kepada Tuhan rakyat beragama Islam apabila menyokong pluralisma dan liberalisme agama, yang mana satu konsep kepercayaan semua agama adalah sama taraf, ada juga pemimpin pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian, yang bagi umat Islam telah jelas bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada agama lain di sisi Allah melainkan Islam.

KEDUA- Kesetiaan kepada raja dan negara

Dalam konteks kesetiaan kepada raja dan negara pula, perangai dan sifat pimpinan pembangkang boleh dipersoalkan apabila seringkali mempertikaikan raja-raja Melayu dan kadang-kadang dilihat seolah-olah menghina raja-raja Melayu. Yang terkini semasa majlis Pertabalan hanya Dipertuan Agung baru-baru ini. Malah pernah suatu ketika penyokong pembangkang menghalang Raja Nazrin daripada melal jalan untuk ke satu majlis. Antara sendiri pernah memburukkan produk negara sendiri di negara luar.

KETIGA- Keluhuran perlembagaan.

Pemimpin pembangkang juga dilihat telah menodai keluhuran perlembagaan apabila cuba mempertikaikan apa yang telah tercatat dalam perlembagaan. Antara tangga pertikaikan ialah hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi.

KEEMPAT- kedaulatan undang-undang

Prinsip yang keempat ini memang jelas telah dinodai oleh pembangkang. Lihat sahajalah apa yang berlaku hari ini apabila undang-undang negara dengan sewenangnya dilanggar oleh mereka. Antaranya mereka tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan. Hari ini mereka melanggar undang-undang agar tidak mengganggu ketenteraman awam, tetapi mereka tetap tidak mengendahkannya.

KELIMA- Kesopanan dan kesusilaan

dalam konteks prinsip di atas menangi jelas telah dilanggani oleh jual pembangkang. Dewasa ini mereka sering dan langsung tidak menghormati rakyat yang lain dalam apa jua tindakan. Pernah suatu kektika dahulu mereka mengganggu kanan-kanan yang sedang beriadah di sebuah padang. Pembangkang suka membuat demo dan apabila mereka berdemonstrasi mereka akan mengganggu orang yang lalu lalang, mengganggu urusan perniagaan orang lain, pendek kata mengganggu periuk nasi rakyat umum yang lain.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply