Tidak lupa juga DS Najib Tun Razak telah mengemukakan 7
prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan
menjelang PRU-13 nanti.
Pertama : Antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana
satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya?
Kedua : Kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari
ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok
lebih baik dari hari ini.
Ketiga : Rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana
yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang,
kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara
ini.
Keempat : Rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan
pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa
pertumbuhan yang memberangsangkan.
Kelima : Siapa yang boleh pelihara keharmonian negara?
Keenam : Siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan
secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara?
Prinsip terakhir : Rakyat perlu memilih pihak yang
benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai
status negara berpendapatan tinggi.
No comments: