Anwar takut Najib...!!!???
Anwar pernah merayu pada Pak Lah untuk membawa masuknya kembali ke dalam UMNO.
Menurut Ezam, perkara tersebut berlaku seminggu sebelum Pak Lah meletak jawatan sebagai PM. Tindakan Anwar mengadakan pertemuan dengan bekas PM itu adalah usaha terakhir Anwar untuk menggagalkan DS Najib daripada memegang tampuk pemerintahan negara ini.
Tujuan Anwar adalah jika Pak Lah membawa masuk kembali dia ke dalam UMNO dia akan mengatur strategi untuk menjatuhkan Najib.
Anwar melakukan ini kerana dia tahu bahawa Najib seorang yang cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya sewaktu dalam kerajaan.
Menurut Ezam, dalam usahanya untuk memujuk Pak Lah, dia pernah cuba membawa seorang rakan ulama Pak Lah dari Surabaya bagi memujuk Pak Lah agar meletakkannya dalam peringkat tertinggi parti.
Anwar memujuk kiai itu agar berbohong pada Pak Lah kononnya telah mendapat satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak Lah, tetapi dengan izin Allah, Pak Lah tidak berkesempatan bertemu kiai terbabit.
Ketika Anwar menjadi TPM, dia pernah menyifatkan Najib sebagai seorang yang paling berpotensi untuk negara kerana kepandaiannya dan kecerdikan yang ada padanya..
PS: sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa dalam rahmat Allah... Insyaallah
No comments: