Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan seorang anak murid pondok bertanya kepada gurunya, kenapa murid lain boleh naik ke peringkat kelas lebih atas dan dia masih ditahap yang sama selama beberapa tahun.
Gurunya itu segera mengambil seketul arang dan menandakan di atas dinding yang putih serata bertanya.
"apa yang kamu nampak di dinding ini?", tanya guru itu.
"Saya tidak nampak apa-apa selain titik hitam yang guru tandakan tadi," jawab anak murid ini penuh keyakinan.
"Iniilaho sebabnya kamu tidak dapat naik ke kelas lebih atas," jawab guru itu.
Murid itu tidak faham apa yang gurunya maksudkan dan bertanya lanjut mengenai maksud yang ingin disampaikan oleh gurunya.
Maka gurunya pun menerangkan...
"Dinding yang putih yang besar ini kamu tidak nampak... Tetapi titik hitam yang kecil itu saja yang kamu nampak", jawab guru itu supaya anak lu rindunya akan faham pada kali ini.
Begini jugalah orang yang kita lihat dalam masyarakat kita. Apabila jalan berlopak, apa yang mereka nampak adalah beberapa inci jalan yang berlopak itu. Manakala jalan yang cantik yang lainnya tidak pula dipuji.
Kesalahan orang lain akan dikritik habis habisan seolah-olah mereka dan memimpin mereka maksum.
Kegagalan diri akan diletakkan di atas bahu kerajaan atau syarikat di mana mereka bekerja.
Dengan taktik sebegini mereka ini berfikir, mereka dapat hidup dengan lebihi tenang. Namun hakikat jua mereka merana hari demi hari akibat perspektif mereka yang tidak bersyukur dengan bapa yang ada.
Untuk hidup tenang dan bahagia, tidak ada cara lain selain kita bersyukur dengan segala yang ada di sekeliling kita. Cuba kita lihat persekitaran yang ada di Malaysia hari ini.
Kita boleh hidup dengan aman dan damai, boleh bekerja dan berniaga, boleh lepak sehingga lewat malam dan menoleh tidur lena tanpa ancaman daripada sesiapa.
Kenapa kita tidak pernah nampak dinding ini yang besar? Kenapa kita masih fokus hanya kepada kepada satu titik hitam yang ada?
Teringat pesan seorang guru saya.
"Jika kamu merasa untuk melihat kepada kesalahan orang lain, cuba kamu bau tahi kamu di pagi hari. Jika pada satu pagi itu, tahi kamu berbau wangi, maka itulah saat kamu untuk mencari kesalahan dan kelemahan orang lain, selagi tahi kamu belum berbau wangi, lupakanlah.
"Ingatlah kelemahan yang ada pada kamu itu lebih besar daripada orang yang kamu cari kesalahan itu."
Hidup bahagia dan tenang adalah tujuan setiap insan. Untuk mencapai tujuan ini, jadilah bijak untuk melihat kepada dinding putih yang ada dan bersyukurlah.
Penulis ialah Shahabudeen Jalil -seorang usahawan dan konsultan perniagaan.
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: