AWANG dapat rasakan bukan sedikit orang yang berasa cemburu dengan peneroka Felda, mungkin ramai lagi sejak kerajaan mengumumkan akan beri durian runtuh kepada mereka.
Banyak sudah faedah berupa bonus dan duit raya yang mereka terima sejak beberapa tahun lalu. Semalam mereka dapat lagi durian runtuh.
Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengumumkan pemberian ‘durian runtuh’ sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga peneroka melibatkan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion.
Awang dapat bayangkan mereka yang ditawarkan menyertai skim tanah rancangan itu tetapi mengundur diri adalah orang yang paling kecewa dan mungkin menyesal kerana keluar mencari rezeki di tempat lain.
Tetapi, Awang berasa lega apabila Perdana Menteri yang mewarisi sikap ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak menjelaskan ‘durian runtuh dan durian gugur’ yang diumumkannya itu sebenarnya begitu luas pengertiannya.
Maknanya, bukan peneroka, isteri, anak peneroka dan petugas Felda sahaja yang mendapat faedah tetapi juga kampung-kampung lama dan tradisional turut mendapat habuan.
Syukurlah kejayaan kerajaan menguruskan Felda dan negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik.
Awang mendengar komen-komen rakyat yang berpendapat pengagihan ini adil. Hasil tindakan bijak kerajaan, isteri dan generasi kedua pun mendapat manfaat.
Perdana Menteri telah menunaikan janji. Awang dapat rasakan masyarakat Felda yang tahu bersyukur dan berterima kasih akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada Najib untuk membawa Felda ke arah yang lebih gemilang lagi.
Awang - Terima kasih ‘daun keladi’...
Sumber: Bisik-bisik Awang Selamat- Utusan Malaysia 9 Mei 2012
PS: ada rakan ana dalam FB berkata... PM ambil dari mana duit sebanyak itu, daripada duit Felda atau dana kerajaan... bagi ana tiada kepentingannya untuk berhujah panjang... Kerana kita tahu FGVH disenaraikan di bursa saham sudah tentulah Felda mempunyai sumber kewangan yang banyak. Sudah-sudahlah bermain dengan emosi rakyat. Rakyat ingin hidup aman dan damai, bebas daripada fitnah dan hasad dengki....
No comments: