» » PAS dan Muzakarah...


Bercakap soal muzakarah antara Pas dan UMNO ana sebenarnya sudah naik konfius dengan segala tindak tanduk dan statement yang dikeluarkan oleh PAS terutamanya Nik Aziz. Banyak sangat simpang siurnya. banyak sangat lek-leknya. Banyak sangat syaratnya.

Realitinya kalau kita berfikir mengikut akal yang waras. Apabila bercakap soal perpaduan, perlukah atau patutkah diletakkan sebarang syarat apatah lagi apabila melibatkan perpaduan ummat Islam...

ikuti petikan teks daripada sahabat-gunung.com ini...


Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal muzakarah. 

Kata Nik Aziz, muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang  perpaduan malah beliau mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO. 

Jika mengikut kata-kata Nik Aziz maka apa yang disarankan beliau bukanlah muzakarah tetapi debat, iaitu di mana kedua-dua pihak menyatakan pertentangan pendapat dan prinsip masing-masing tanpa berniat untuk mencari jalan perdamaian. 

Justeru, apa yang dapat penulis sarankan ialah, tepuk dada, tanyalah iman.  Apakah wajar seorang Ulama, Tok Guru atau Mursyid bermati-matian menentang perpaduan ummah? Malah mempersendakan usaha ke arah perpaduan? 

Untuk itu, kita jangan sekali-kali lupa akan pesanan Rasulullah S.A.W tentang kewujudan Ulama Suk (Ulama jahat) di akhir zaman: 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply