» » Tahniah: Rafizi vs KJ

Masih belum reda lagi pasal perdebatan KJ dgn Rafizi. Bermacam-macam komen dan reaksi yang kita boleh dengar dan baca.

Hari ini ana berkesempatan menemubual saudara Saiful Bahri Baharuddin (gambar), Ketua Pemuda UMNO Terengganu mengenai pandangan beliau berkenaan perdebatan tersebut.

Menurutnya ini sudah kali kedua, kedua-dua pemimpin yang berlainan parti ini berdebat. Yang pertama di UK berkenaan isu perhimpunan bersih dan kali ini mereka berdebat isu PTPTN pula.

Menurutnya lagi perdebatan kali ini menunjukkan perbezaan yang ketara berkenaan tahap kematangan dua orang pendebat ini. KJ berdebat berdasarkan kajian dan bukti tetapi Rafizi pula hanya berdasarkan andaian yang tiada bukti mahupun kajian yang boleh dipercayai.

Jika diteliti isi hujahan rafizi, banyak isi yang menjurus kepada ingin menjatuhkan atau mengaibkan pihak lain. Dapat dilihat juga bahawa rafizi seolah2 menggunakan pentas perdebatan yang disiar secara langsung itu untuk menyebarkan dakyah dan fitnah ke atas beberapa pimpinan dalam parti pemerintah. Di situ dapat dilihat tahap kematangan perdebatan Rafizi masih ditahap rendah dan tidak mencapai kelas tersendiri yang dimiliki KJ.

Sebenarnya perdebatan ini menunjukkan bahawa apa yang dilakukan kerajaan hari ini khususnya dalam isu PTPTN adalah untuk jangka panjang dan masa depan negara dan bukan untuk meraih undi popular. Apa guna meraih undi popular jika akhirnya tidak mampu untuk menunaikan janji ataupun ia akan memusnahkan negara di masa hadapan. Kerajaan membuat keputusan berdasarkan pengalaman memerintah negara yang sudah mengjangkau lebih separuh abad bukan hanya tiga empat tahun.

Kita lihat sahaja apa yang mampu dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang, lebih banyak kontroversi daripada berkhidmat untuk rakyat. Kerajaan negeri pembangkang terperangkap dengan isu asas yang tidak dapat diselesaikan iaitu air. Sebut sahaja Selangor, Kelantan mahupun Kedah, semuanya menghadapi masalah air. Jika perkara asas seperti air tidak mampu diselesaikan inikan pula isu-isu lain.

Bercakap soal janji-janji untuk menjaga kebajikan rakyat, belum ada satu pun janji pru 12 yang dilaksanakan khususnya di Selangor, janji dengan budak tadika pun belum diselesaikan. Janji semua orang boleh janji tapi untuk menunaikan janji bukan semua orang mampu menunaikan janji.

Berbalik kepada isu debat, beliau merakamkan tahniah kepada KJ kerana berjaya mengemukakan isi-isi hujah yang mantap tanpa perlu mengaibkan orang. Jelas hujah yang dikemukakan oleh KJ amat terserlah akademiknya kerana berdasarkan fakta dan bukti sepertimana yang telah berlaku di dunia hari ini.

Menurutnya lagi pembangkang hari ini sudah ketandusan isu untuk dimainkan dan terpaksa mengharapkan pihak lain untuk memberi nyawa kepada mereka. Mereka sekarang tengah panas kerana kerajaan hari ini banyak menjalankan program yang telah terbukti dapat mendekatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat.

Yang lebih memalukan pembangkang ialah semua program yang kerajaan lakukan untuk rakyat semuanya ingin dipolitikkan dan diburukkan seolah-olah kerajaan tidak pandai memerintah sedangkan hakikatnya pembangkang tidak melakukan apa-apa yang boleh rakyat banggakan selain daripada memburukkan imej negara di luar negara dan menghuru harakan keamanan negara serta mengganggu periuk nasi rakyat yang tidak bersalah.

Akhir sekali beliau berkata, jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, jangan rakyat diperbodohkan dalam pru tapi pemimpin hanya berkokok bergelumang tahi.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply