» » » "Malaysia Negara ISLAM!!!"


Felo Amat Utama Akademik, Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam (ISTAC), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady berkata, dakwaan yang menyatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular langsung tidak berasas kerana syiar Islam di negara ini masih berjalan dalam pelbagai bidang antaranya perundangan, pendidikan, kewangan dan ketenteraan.

Jelas beliau, maksud sekular menurut barat secara terperinci ialah memisahkan antara agama dan negara secara total iaitu agama langsung tidak diberi ruang dalam sistem pemerintahan negara.

"Meskipun pelaksanaan Islam masih belum sempurna sepenuhnya, namun Islam tetap terlaksana di negara kita dengan memenuhi tuntutan agama yang telah digariskan. Oleh itu, tidak seharusnya negara ini dikatakan sebagai sebuah negara sekular," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk kepimpinan Islam: Pengalaman Malaysia Dalam Konteks Fiqh Mentaati Pemimpin pada hari terakhir Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin Di PWTC di sini hari ini.

Menurut Muhammad Uthman, mereka  yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular sebenarnya tidak faham apakah pengertian itu sebenarnya terutama mengikut kaca mata penulis-penulis di barat.

Seperkara lagi kata beliau, demokrasi di Malaysia bukan falsafah sosial dan politik mutlak sebaliknya ia merupakan alat untuk berkongsi kuasa.

Dalam pada itu, Muhammad Uthman mengingatkan semua pihak supaya tidak kufur nikmat atas segala kamajuan dan keamanan yang dikecapi Malaysia menerusi pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa selama ini."

"Saya pernah mendengar seorang pemimpin yang berkata, sudah 50 tahun Malaysia merdeka tetapi tidak ada apa-apa. kata-katanya ini tidak betul dan begitu biadab, mustahil dalam tempoh selama ini tidak ada sebarang nikmat yang diberikann oleh Allah SWT ke atas negara kita."

"Jangan disebabkan kita tidak suka pemimpin yang berjaya membawa kemajuan dan keamanan, kita kufur nikmat. Jangan kerana kita berbeza pandangan sesama Islam, kita terjerumus dalam kebinasaan kufur nikmat Ilahi. Ini akan menjemput bala besar daripada Allah SWT," ujarnya.

Beliau turut menyelar pihak yang mendakwa bertakwa kepada Allah SWT, tetapi hakikatnya bertindak menghancurkan silaturrahim.

"Saya tidak faham dengan orang yang seperti ini kerana cintakan Allah SWT itu tetakluk kepada dua dimensi. Mereka kata mereka bertakwa kepada Allah tetapi mereka tidak memelihara silaturrahim," ujarnya. - utusan

PS: Pesan Imam al-Ghazali- Jangan disebabkan mencari kesempurnaan dalam memilih pemimpin dan politik, negara menjadi hancur serta huru-hara ibarat 'membina sebuah istana tetapi meruntuhkan sebuah bandar'.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply