» » » 3000 anak Terengganu berbuka di PWTC...



Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said bersama Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat) disambut meriah dengan kehadiran hampir 3,000 perantau.

Program tahunan anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pesat dan Institut Integriti dan Pengajian Strategik Terengganu (T-ISSI) itu diadakan di Dewan Tun Abdul Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan ahli-ahli EXCO Kerajaan Terengganu serta pemimpin negeri.

Hadir sama, Presiden Pesat, Datuk Mohd Nawawi Ismail dan Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Mohd Noor.

Dato’ Seri Ahmad dalam ucapannya berharap lebih ramai anak Terengganu berdaftar khususnya pelajar menyertai persatuan itu bagi memudahkan pelbagai program kebajikan dapat diselaraskan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menyalurkan pelbagai peruntukkan kepada Pesat untuk dikembangkan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan mahupun ekonomi.

“Pesat menjadi medium infomasi kepada anak Terengganu mengenai usaha dan pencapaian negeri Terengganu khususnya dalam arena sukan dan bidang pendidikan.

“Kita bukan sahaja mahu berkongsi kejayaan anak perantau di dalam negeri Terengganu, malah di luar Terenggnu. Kita mahu Terengganu terus disebut di mana-mana sahaja sebagai juara, terbaik, cemerlang dan sebagainya,” katanya.

sumber: terengganutoday.com

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply