» » Gereja NGEH bakal disita???


Ngeh menudng jari dan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional Perak kerana menghantar notis untuk menyita gereja Chung Hwa of Christ di Sitiawan

Mesyuarat EXCO kerajaan negeri Perak semalam telah membincangkan isu gereja Chung Hwa of Christ di Sitiawan yang bakal berdepan disita pada 28 Sep ini kerana kegagalan melunaskan cukai pintu berjumlah RM12,632.

Tindakan menyita bakal dibuat Majlis Daerah Manjung yang sudahpun menghantar notis kepada pihak gereja berkenaan.

Walaupun dari aspek perundangan tindakan majlis daerah ini amalan pentadbiran biasa tetapi rupa-rupanya ia cuba dijadikan isu politik oleh pembangkang dengan cuba mengheret Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir dan kerajaan BN Perak ke kancah ini.

Isu ini terdedah apabila Pengerusi Dap negeri Ngeh Koo Ham dalam twitnya pada 19 Sep. jam 7.23 petang lalu menyebut: “BN Zambrygovt going to seize : auction off Chung Hwa Church of Christ, Swan (Sitiawan) on 28 Sept for non paym of RM12,632 assessm rate (cukaipintu).”

Terdahulu Ngeh yang juga Adun Sitiawan dan ahli parlimen Beruas terbabit dalam kontroversi kerana mencetuskan provokasi terhadap isu filem the Innoncence of Muslims.

Menyedari twit yang berbentuk pertanyaan itu menyebabkan umat lslam termasuk para pemimpin Pas, regu Dap dalam Pakatan Rakyat, marah, Ngeh membuat “u turn” dengan memohon maaf.

Selepas itu timbul pula twit baru mengenai isu gereja pula.

Sama ada ia sedar ataupun tidak isu ini dilihat seperti cubamengheret Menteri Besar dalam isu keagamaan. Konon Dr.Zambry tidak sensitive terhadap masalah gereja.

Untuk rekod, kemenangan besar Ngeh di DUN Sitiawan dan parlimen Beruas adalah kerana undi masyarakat Cina termasuk mereka yang beragama kristian.

Ia dilihat cuba menjuarai penganut kristian tetapi beliau terlupa kerajaan mempunyai bukti bahawa dakwaan itu tidak berasas.

Dr.Zambry sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Tetapi umum mengetahui hubungan baik Menteri Besar dengan para pemimpin agama di negeri Perak telah menyebabkan ada pihak cemburu kerana bimbang “mereka akan mengundi BN dalam PRU ke13”.

Justeru mesyuarat EXCO esok menjadi perhatian kepada mereka yang menunggu jawapan kerajaan.

Untuk rekod Datuk Dr.Mah Han Soon adalah anggota EXCO yang bertanggungjawab tentang masalah gereja serta masalah yang dialami masyarakat bukan Melayu.

Adalah dijangkakan Dr.Mah telah membawa isu ini ke mesyuarat EXCO untuk mencari jalan penyelesaian.

Rekod awam menunjukkan gereja ini beroperasi pada tahun 2000 di atas tapak berstatus tanah pertanian.

Ngeh patut semak status tanah terlebih dulu sebelum cuba menjuarai masalah serta menuding jari ke arah kerajaan dan Menteri Besar.

Bukankah beliau pernah menjadi EXCO kerajaan selama 11 bulan,mengapa isu ini tidak diselesaikan dulu?

Dasar kerajaan BN sejak beberapa tahun ini memberi pengecualian kepada tempat-tempat ibadat termasuk masjid, gereja dan kuil untuk tidak membayar cukai pintu.

Tetapi menurut satu sumber, ia harus terlebih dulu(gereja dan tempat ibadat lain) digazet sebagai tempat ibadat. Tanah berstatus pertanian seperti dalam kes gereja ini tidak termasuk dalam pengecualian ini.

Majlis Daerah Manjung serta pihak berkuasa daerah sering bertindak menyita kediaman atau bangunan yang gagal melangsaikan cukai pintu setelah diberikan notis.

Namun mengikut sumber itu jarang sangat tindakan ini dibuat kerana “pihak berkuasa seringkali berlembut kerana menyedari permasalahan orang ramai . . .ia cuma satu notis seperti notis-notis lain.”

Menurut sumber lain, belum pernah gereja atau rumah ibadat disita kerana kegagalan membayar cukai pintu.

Malah kebanyakannya berstatus rumah ibadat yang dikecualikan dari membayar cukai pintu.

-pengundisetiasungairapat.blogspot.com

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply