» » Kenapa perlu boikot OLD TOWN WHITE COFFEE..??





Mungkin ramai lagi kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam tidak menyedari bahawa restoran kopitiam yang menggunakan nama Old Town White Coffee sebenarnya dimiliki oleh manusia durjana yang menghina Islam ketika kemarahan umat Islam sedang memuncak di kala timbulnya video di dalam web Youtube iaitu Innocence of Muslims.

Ini perkara yang perlu disebar luaskan oleh setiap lapisan umat Islam di negara Malaysia ini khususnya. Jangan pentingkan soal makan ataupun tak hebatlah tak lepak kat Old Town. Persetankan semua itu.

Ini soal individu yang kurang ajar mempersendakan umat Islam dan tidak reti respect kepada agama lain. Malaysia sudah 55 tahun mencapai kemerdekaan dan rakyat hidup harmoni serta tiada masalah antara kaum. Tetapi makhluk biadap ini cuba mencetuskan suasana kurang enak di kalangan rakyat yang berbilang kaum di sini.

Semalam, si Pengerusi DAP Perak ni sengaja menimbulkan spekulasi yang kurang enak berhubung isu halal di Malaysia. Lihat di bawah, pendebatan antara Saudara Ketua Pemuda PJU, Armand dan Ngeh Koo Ham biadap.




Apa punya baghal pemimpin yang dimiliki oleh DAP ni. Langsung takda sense untuk menjaga sensitiviti umat Islam. Soal hukum halal dan haram bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia mengambil serius akan soal ini.

Dunia juga hari ini turut mengakui bahawa produk makanan halal sudah menjadi trending bisnes dunia untuk mendapat tempat di kalangan umat Islam bahkan bangsa lain di seluruh dunia mengakui produk halal terbukti bersih dan mengikuti segala piawaian yang ditetapkan.

Malaysia juga merupakan antara negara yang terpenting di dunia, di mana kebanyakkan produk-produk makanan dari seluruh dunia menggunakan perkhidmatan agensi kerajaan Malaysia untuk mengesahkan status halal tersebut.

Namun malang bagi rakyat Malaysia terutamanya Muslim. Sikap 'takpelah' dan mempercayai akan sesuatu produk yang terkenal dan mempunyai branding tersendiri telah menyebabkan kita sering alpa akan status halal sesuatu produk makanan tersebut.

Sama juga dengan status halal yang tidak terdapat pada Old Town White Coffee. Saya difahamkan, ada beberapa premis ini telah memohon dan mempunyai status halal kerana menggunakan inisiatif pengurus cawangan itu sendiri. Namun di pihak pengurusan mereka, langsung tak serius membuat permohonan.

Dalam perdebatan antara kedua-dua pemimpin di atas tadi boleh dilihat bahawasanya si Ngeh Koo Ham ni seorang yang jenis sengaja mempersoalkan itu dan ini dengan niat menyinggung perasaaan umat Islam.



Tak salah jika saya nyatakan bahawa si Ngeh dan kuncu-kuncunya di dalam DAP sebenarnya anti Islam.

-Rezqeen Hill

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply