Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah dan Fakta (AHHAFF) boleh dianggap sebagai sebuah buku untuk menjawab buku Kafirkah aku C.N Afghani.
Buku AHHAFF telah dilancarkan pada 11 Januari 2013 di Masjid Rusila, Marang oleh Haji Hadi sendiri dan diedarkan dengan hanya RM5 senaskah. Mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya oleh penyokong PAS apatah lagi jika penyokong-penyokong tegar yang fanatik PAS dan diyakini buku ini tidak akan dibaca oleh orang-orang UMNO-BN. Malah saya rasa orang PKR pun tidak akan membaca buku ini melainkan jika ada yang membacanya akan ketawa, tergelak dengan karenah putaran alam oleh penulis buku ini.
Penulis yakin orang UMNO tidak akan membaca buku ini kerana dari awal hingga akhir buku ini boleh dikatakan menyindir dan memfitnah orang-orang UMNO-BN dan kerajaan yang memerintah. Biasalah perkara itu terjadi kerana sudah menjadi tabiat orang-orang PAS tidak boleh kalau tidak dapat menceritakan sesuatu yang negatif pasal orang lain kerana menganggap mereka adalah golongan "bersih" tidak terpalit dengan sebarang kesalahan dan kesilapan.
Buku ini sebenarnya amat menarik untuk dibincangkan kerana dihuraikan dengan ilmiah yang diselitkan dengan nas-nas dari al-Quran dan hadis. Namun disebalik huraian buku yang kononnya ingin memperjelas isu Amanat Haji Hadi yang dibuat di Kg. Banggol Peradong tahun 1981, terdapat banyak huraian yang dulunya ditohmah kepada UMNO-BN yang hari telah dan sedang dilakukan oleh PAS.
Apa maknanya semua ini?
Terdapat banyak isu yang menarik untuk dipersoalkan namun saya tertarik untuk menulas dan mempersoalkan topik Negara Islam dalam Bab 2 buku AHHAFF.
Bemula muka surat 26, bagaimana Haji Hadi menghuraikan tentang perlunya negara Islam kerana menurutnya Rasulullah s.a.w telah menegakkan secara amali (praktikal) muka surat 30. Katanya lagi (muka surat 31). Melihat kepada nas Al-Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa negara Islam itu mestilah merangkumi dua aspek yang penting iaitu syariat Islam yang ditegakkan dan kekuasaan pendukung Islam yang berakidah Islamiah (muka surat 33). Orang-orang yang mengendalikan kepimpinan negara itu wajiblah beriman dengan Islam yang menjadi dasar dan matlamat negara, amalan dan kegiatannya.
Menurut buku itu lagi (muka surat 33) "Bagi mereka Islam hanya memadai dengan seseorang itu melakukan ibadat sembahyang, puasa dan kewajiban-kewajiban ibadat yang lain. kalaulah pengertian islam sedemikian rupa, maka Nabi tidak perlulah berhijrah ke Madinah untuk menubuhkan kerajaan islam di sana. Cukup dengan baginda terus kekal di Makkah dan menjadi pemimpin dan raja di negara tersebut, Sunnah Amaliyyah menunjukkan bahawa pembentukan sesebuah negara Islam itu hendaklah mengandungi ciri-ciri yang digariskan oleh al-Quran dan as-sunnah."
Jika mengikut kepada apa yang difahami melalui tulisan haji Hadi dalam buku ini, memang menjadi kewajiban untuk menegakkan negara Islam. Namun apa yang menjadi persoalan ialah kenapa baru-baru ini setelah bersekongkol dengan kafir harbi DAP dan PKR telah membuat u-turn 360 darjah dengan Haji Hadi menyatakan negara Islam tiada dalam al-Quran. Mungkin skop ayatnya luas dan memberi maksud yang pelbagai. Namun bagi rakyat jelata yang kebanyakkannya hanya ikut sahaja tanpa usul periksa ia akan memberi kesan yang pelbagai kepada corak kehidupan bermasyarakat.
Apa yang yang pasti dan nyata ialah setiap apa yang diucapkan walaupun berselit dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis ianya tidak lain dan tidak bukan adalah demi kepentingan politik PAS dan sekutunya semata-mata dengan menggunakan Islam sebagai modal untuk berpolitik terutamanya bagi orang Melayu.
Apabila mendapat tentangan daripada rakan sekutunya yang lebih dominan iaitu DAP, PAS tanpa segan silu akan menukar apa jua dasar dan slogan demi untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu.
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada Amanat Haji Hadi ialah. klik sini
Pertama imbas kembali Amanat Haji Hadi:
FITNAH
1) Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang menentang mereka.
Soalan- Bukankah PAS juga pernah berjanji untuk mengekalkan perlembagaan sedia ada jika berjaya menjadi kerajaan?. klik sini
2) Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ni kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
FAKTA.
1) Solat dua imam
2) Solat imam kerajaan tidak sah
3) Peristiwa Memali
4) Nikah dua kali.- Ada kes sehingga memaksa pasangan yang telah kahwin bernikah semula beranggapan pernikahan mereka tidak sah. Soalnya apa hukumnya hubungan suami isteri sepanjang mereka berkehwin sebelum dinikahkan semula. Berzina?
5) Mewarna nisan dengan warna hijau.
Setakat ini sahaj dulu sebagai permulaan. banyak lagi isu yang akan dikupas bagi mejawab semula buku Amanah haji Hadi": Antara Fitnah dan Fakta.
Renung dan fikirkanlah.
No comments: