» » » Berapa ramai ahli DAP di Islam PAS?


Dr Ridhuan Tee Abdullah – SAYA tidak kisah sangat jika Umno bersetuju penggunaan kalimah ALLAH di kalangan non Muslim, kerana selama ini pun Umno dituduh sebagai jahil, taughut dan kafir oleh Pas. Saya amat hairan juga, kenapa Pas tidak mengkafirkan PKR, sedangkan PKR juga tidak mendaulatkan Islam.

Dek kerana PKR sama-sama menentang Umno, maka Pas sanggup bekerjasama. Sedangkan perangai orang PKR sama seperti perangi Umno – maaf, saya tidak labelkan semua orang Umno begitu. Begitu juga Pas.

Jika tidak ada Pas yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa Pas sanggup bekerjasama dengan PKR. DAP usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi Islam. Cuma Pas sahaja perasan dengan kerjasama ini, atas nama dakwah.

Malangnya, setakat ini, ultra kiasu masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah kita masih mahu menggunakan alasan lapuk, pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam Umno BN sejak merdeka? Persoalan yang perlu difi kirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan Islam?

Saya memuji sangka baik Pas dalam hal ini. Tetapi saya ingin lihat, berapa ramai orang DAP yang akan diIslamkan oleh Pas melalui kerjasama ini? Apakah Pas dapat melunak mereka yang anti Islam?

Apakah Pas akan berjaya membanteras kemungkaran anjuran mereka? Kita tunggu dan lihat.

Apa pun, dalam isu kalimah ALLAH, saya sama sekali tidak dapat menerima. Pendirian Pas selama ini amat jelas. Pendapat ulama mereka seperti Harun Din dan Harun Taib, amat tegas sekali. Harun Din pernah sebak menjelaskan isu ini. Begitulah sayangnya segelintir ulama Pas terhadap ALLAH. Tetapi, bukan semua ulama Pas bertindak sedemikian.

Apa yang saya lihat, semakin lama Pas berkawan dengan DAP, semakin kuat mereka menentang Islam, sama ada kalangan generasi tua mahupun generasi muda. Kenapa? Jawapannya, generasi muda DAP hari ini ramai yang memeluk Kristian, dari memeluk Islam. Dakyah Kristian lebih kuat semenjak Pas bersama mereka daripada dakwah Islam yang berlaku. Justeru, Pas perlu kaji kenapa mereka gagal dalam misi dakwah ini.

Saya masih teringat azam pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam Umno. Dia masuk Umno kerana mahu mencuci ‘najis’ yang berada dalam Umno. Malangnya, setelah berada dalam Umno, dia terus bergelumang dengan ‘najis’ tersebut. Hari ini, dia cuba mencuci ‘najis’ dalam PKR dan DAP, bukti menunjukkan adalah sama. Kenapa? Kerana mereka adalah orang yang sama, membawa perangai yang sama.

Saya amat harap Umno tidak akan goyah dan tetap pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH. Umno akan hancur jika melakukan sesuatu hanya untuk mendapat simpati politik, kuasa dan undi. Jika Umno juga berlembut seperti mereka, maka jelaslah Umno masih lagi tidak berubah. Umno sama juga seperti mereka.

Sejak dulu lagi saya konsisten, bahawa kalimah ALLAH adalah milik mutlak umat Islam, walaupun agama lain juga berhak ke atas penggunaanNya dari segi teologi. Saya bercakap dalam konteks Malaysia dan cara hidup Melayu, bukan negara lain.

Pertama, agama Islam dilindungi oleh perlembagaan dan terletak di bawah kuasa raja-raja Melayu.

Kedua, selama ini kalimah ALLAH tidak pernah digunakan secara meluas kecuali sedikit sangat di Sabah dan Sarawak. Di peringkat antarabangsa langsung tidak ada. Jika ada, sudah tentu dalam filem-filem Barat atau bahan bacaan mereka, akan terselit kalimah ini.

Ketiga, kalimah ALLAH dan orang Melayu Islam sudah sebati walaupun Melayu itu jahil sekalipun. Kita menghormati kalimah ini melalui lenggok bahasa bersopan, misalnya kalimah ALLAH, kita tidak sebut (perkataan ALLAH). Nabi dan Rasul, kita gunakan perkataan Baginda. Apabila Baginda wafat, kita tidak guna perkataan mati, meninggal atau mangkat. Sehingga kematian Nabi/Rasul dibezakan dengan raja, semata-mata untuk menjaga kemuliaan-Nya.

Keempat, setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut kalimah ALLAH dengan betul. Bila menyebut ALLAH, mesti bunyinya menjadi allaa. Jika tidak percaya, suruhlah ultra kiasu menyebutnya, termasuk pemimpin-pemimpin Kristian yang begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakan-Nya. Bukti menunjukkan bahawa lidah mereka tidak biasa dengan sebutan ALLAH.

Kelima, kalimah ALLAH bukan terjemahan kepada makna Tuhan. Terjemahan Tuhan atau God atau Lord tidak merujuk kepada ALLAH. Tuhan itu tidak sama dengan ALLAH. Sebab itu, apabila kita mengucapkan syahadah, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH”. Bukannya, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan”.

Kesimpulannya, setiap apa jua perkataan (kalimah) dalam Islam membawa makna amat signifi kan. Bayangkan selepas ini semua bukan Islam boleh menggunakan perkataan 99 nama ALLAH, selawat ke atas Nabi Isa, iman, taqwa dan sebagainya, apakah orang Melayu yang tipis imannya tidak akan terpesong? Jika tidak tahu, lebih baik diam. klik sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply