» » #HKR112 100000 orang!?




Himpunan Kebangkitan  Rakyat yang  berlangsung di Kuala Lumpur telah berjaya menghimpunkan seramai antara 45,000 orang  ( anggaran Polis) dan 100,000 orang (anggaran Malaysiakini). Sesungguhnya  gambar gambar dalam  Stadium  menunjukkan ia telah dibanjiri penuh oleh peserta.
Tetapi,  dua anggaran yang  amat jauh perbezaannya, jadi saya  buat sedikit kajian untuk mendapat anggaran yang lebih tepat.

Pertama,  saya  semak kapasiti  Stadium Merdeka di laman web yang menyatakan kapasiti di tempat penonton sebagai 25,000 orang dan  di gelanggang  sukan 20,000 orang. Dengan maklumat ini, dengan mudah kita dapat data tepat yang  berada di Stadium semalam adalah kira kira 45,000 orang. Jika termasuk kira kira 10,000 orang di luar stadium, maka keseluruhan peserta Himpunan semalam hanya mencecah 55,000 orang sahaja, iaitu hanya sedikit melebihi anggaran dari pihak polis.

Penyertaan  seramai 55,000 orang  boleh dianggap hambar memandangkan penganjur Himpunan mensasarkan 1 juta peserta. Ini pula ia diadakan di kawasan parti pembangkang, iaitu Kawasan Lembah Kelang yang mempunyai seramai 7 juta penduduk. Dari segi peratusan yang hadir, tak sampai 1% daripada penduduk Lembah Kelang.

Mengikut anggaran, seramai 90% peserta  terdiri daripada kaum Melayu,kebanyakan mereka ahli atau penyokong PAS, selain PKR. Selainya adalah dari kaum Cina dari DAP. Penyertaan dari kaum India pula  dianggar tidak signifikan.

Mengapakah sambutan begitu hambar? Saya nampak beberapa  sebabnya:
Pertama, para  penyokong Pakatan Rakyat mulai jemu menyertai demonstrasi demi demonstrasi.
Kedua, Ketiadaan isu besar yang  mampu menaikkan kemarahan rakyat.

dan ketiga, populariti Perdana Menteri Najib telah meningkat amat tinggi.
Secara kebetulan Tinjauan Pendapat Umum yang terkini  oleh Merdeka Center pada bulan Disember  2012, menunjukkan populari Perdana Menteri Najib amat tinggi diparas 77% dikalangan kaum Melayu,  76%  di kalangan kaum India dan 34% dari kaum Cina. Keadaan  kini adalah jauh lebih baik daripada aras sokongan pada bulan Mac 2008, menjelang Pilihan raya Umum ke 12 dahulu.

Persepsi keatas Barisan Nasional pula menunjukkan,  63% Melayu gembira dengan BN berbanding hanya 22% untuk Pakatan Rakyat,  kaum India 45% untuk BN dan 22% untuk Pakatan Rakyat, sementara kaum Cina 16% untuk BN dan 47% untuk Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim berucap di perhatikan oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh
Walaupun angka angka menunjukkan kaum Melayu dan India kini lebih memihak kepada BN, tetapi kebencian kaum Cina kepada BN masih berlarutan hingga kini. Nampaknya kaum Cina  kekal bertekad  hendak  menjatuhkan kerajaan  BN yang bertunggakkan kuasa Melayu dan Islam.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply