» » » Hadi, Nik Aziz Dan Mat Sabu Wajib Letak Jawatan




Keputusan Majlis Syura yang bermesyuarat semalam, sebulat suara menyokong bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain.

Dengan keputusan tersebut maka tergamam dan terkedulah tiga orang abdul yang selama ini memang membisukan diri. Mereka ialah Abdul Hadi, Abdul Nik Aziz dan Abdul Mat Sabu. Secara tiba-tiba mereka seakan-akan diserang sakit jantung  yang boleh membawa mati bila Majlis Syura mengumumkan hasil mesyuaratnya.


Bagi men'cover' dirinya, ketiga-tiga pemimpin agung Pas lantas menukar pendirian daripada menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain kepada tidak menyokong. Dalam pada itu Mat Sabu masih lagi sempat menyindir kerajaan "pendirian saya macam pendirian Majlis Syura. Soal penggunaan Allah dalam bible selepas ini tersrah kepada kerajaan sebab mereka yang memerintah, kita hanya mampu beri pandangan" katanya. Itulah Abdul Mat Sabu yang mana pendiriannya boleh berubah-ubah setiap 5 minit.

Begitu juga kesnya dengan Abdul Hadi yang bersetuju dengan Majlis Syura. Nampak sangat Abdul Hadi terpaksa bersetuju walaupun hatinya kelat dan berat mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan dikhabarkan Abdul Hadi sekarang demam kepialu kerana tak sangka Majlis Syura sanggup mengenepikannya. Tapi beliau jangan terlupa ada satu lagi permasalahan yang serius juga perlu penyelesaian segera iaitu amanat beliau sendiri yang sehingga kini merupakan punca perpecahan Islam. Sanggupkah Abdul Hadi mengakui kesalahannya dan menarik balik amanat tersebut secara gentlement?

Mahu tak mahu Nik Aziz juga kena buat pusingan U bagi mempertahankan kredibilitinya. "Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa. Kalau ada agama lain yang tuhan yang tidak satu, ada tiga atau lebih (mahu menggunakan kalimah Allah), itu mengarut" katanya.

lagi berita klik sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply