» » Bekas ahli PAS diugut BUNUH???

Salam semua...

Apabila kita kata penyokong PAS ni samseng dia tak mengaku. Tapi itulah realitinya apabila beberapa orang bekas ahli PAS yang keluar parti dan menjadi ahli UMNO telah diugut. Kisah ini berlaku semalam di Bukit Cempedak, Jerong. Di kampung tersebut lebih kurang 81 orang telah keluar parti PAS dan menjadi ahli UMNO sehingga membolehkan satu cawangan baru UMNO ditubuhkan iaitu UMNO Cawangan Bukit Cempedak.

Ikuti petikan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Bertarikh 25.2.2013 jam 9.29 malam. Mangsa bernama Ramly bin Abdullah (53 tahun) merupakan ketua kumpulan bekas ahli PAS yang menyertai UMNO menyatakan bahawa ketika dia bersama keluarga berada di rumah telah didatangi empat orang yang dikenali sebagai Di Pok Loh beserta dua orang adiknya yang dikeali dengan nama Lan dan Man serta seorang lagi suspek bernama Mamat bin Musa (penyokong PAS). Suspek telah memanggil mangsa keluar dan telah bertindak memarahi mangsa kerana telah keluar dari PAS dan telah menjadi pengerusi penaja penubuhan cawangan UMNO Bukit Cempedak.

Suspek telah bertindak mencekik leher mangsa dan  mengeluarkan kata-kata ugutan untuk membakar rumah dan membunuh mangsa ekoran perselisihan fahaman parti yang berlaku. KLIK SINI

Kejadian disaksikan oleh isteri dan anak-anak pengadu. Kejadian berlaku ekoran 81 orang ahli PAS dari kampung berkenaan telah keluar dari PAS dan menjadi ahli UMNO pada 4.1.13 di kediaman MB Terengganu. Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan ahli PAS yang lain.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply