» » » PAS akan bertanggungjawab jika Pasar Payang runtuh?


TIMBALAN Pengarah JKR Terengganu, Ir. Abdul Manan Embong menegaskan Pasar Payang perlu diroboh atas faktor keselamatan.

Kajian Foreksik JKR Persekutuan dua tahun lalu melaporkan secara bertulis kepada Kerajaan Terengganu bahawa, sebahagian struktur utama pasar itu telah reput dan rosak, berisiko berlaku keruntuhan pada bila-bila masa.

PAS melalui sebuah NGO yang diterajui arkitek stadium runtuh, Dato' Raja Kamarul Bahrin berkempen, Pasar Payang adalah pasar warisan yang perlu dipertahankan daripada diroboh.

Fitnah tambahan kumpulan itu, tapak Pasar Payang yang diroboh akan digantikan dengan hotel lima bintang 23 tingkat dan apartment 30 tingkat.

Hakikatnya, Pasar Payang yang baru bernilai RM80 juta akan dibina semula dengan lebih selesa dan tersusun berhampiran hotel dan aparment tersebut.

Siapa yang untung jika sebuah hotel 550 bilik dan apartment dibina berhampiran pasar berkenaan? Peniaga yang untung!

Perpindahan peniaga ke pasar sementara di Pulau Warisan merupakan 'kesulitan' jangka pendek. Adakah soal nyawa peniaga dan pengunjung tidak ada nilai bagi PAS dan Raja Bahrin? — bersama Pemuda Umno Seberang Takir, Za'abar Mohd Adib, Dato' Mohamed Awang Tera, Pemuda Umno Kuala Nerus dan Pemuda Umno Kuala Terengganu di Pasar Payang, Kuala Terengganu.

ps: renungan sejenak "kalau kita beli kereta kalau selalu diguna pasti akan berlaku kemerosotan prestasi atau kualiti. kete x kan kekal terbaik selama2nya. kalau rosak kecik2 tuan kete hantar workshop repair. sampai masa bila terlalu lama kete tu x selamat guna. kete blh jalan lagi tp kita mesti pikir nak tukar baru. tuan kete dok tunggu sapa kete tu dok leh repair ataupn tetiba brek x berfungsi pahtu eksiden baru nak sibuk cari kete. sama la dalam kes ni. dokkan kita nak tunggu rosak teruk sapa dok leh repair atau kena bencana baru nk tukar? mana molek sabr sekejap dari kerugian lebih teruk kalau terjadi bencana?? nak kata menghapuskan tempat warisan ke hape pn tgk la kegunaan premis tu. ribuan orang guna tiap hari. kalau ada malapetaka karang kata darul runtuh la, hape la. kerajaan buat ni sebab pikir kemaslahatan rakyat la ni. nak bagi rakyat selesa menjual membeli. ke nak tuggu keadaan parah kotor sana sini bila x de pengunjung nk datang karang kerajaan plok kena kata dok ambik cakna ke penjual. kalau gini saloh sokmo la bnda hok kerajaan buat. 

Pas nak tanggung kalau pasar runtuh... Alahai sejak bila PAS pandai ngaku kesilapan sendiri.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply