» » » RAJA BAHRIN BERDUKA LAGI...

Peniaga di Pasar Payang sendiri bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu membina semula Pasar Payang baru empat tingkat yang berhawa dingin bagi mengantikan bangunan itu yang semakin uzur dan daif.


Peniaga ikan, Mustafa Kamal Mohd,
69, berkata terima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana sudi mendengar keluhan wakil peniaga,.

“Keputusan Menteri Besar membenarkan semua peniaga, termasuk penjual barangan basah untuk turut bersama-sama berniaga apabila siap Pasar Payang baru kelak adalah berita yang cukup mengembirakan.

“Saya dan peniaga barangan basah lain berjanji akan menjaga dispilin ketika berniaga dengan tidak membuang sisa bahan mentah seperti perut ikan dan ayam,” katanya

Begitu juga Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Cawangan Kuala Terengganu pun setuju.
Maknanya MB dan kerajaan buat sesuatu bukan tanpa perundingan dan persetujuan seperti tuduhan tertentu.

Dalam pertemuan dua hala antara Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu (PPPKM) di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini, pihak peniaga mengakui kewajaran cadangan berkenaan bagi keselesaan mereka dan pengunjung, klik SINI

Dengar-dengar cerita ramai peniaga di situ ramai penyokong PAS..? Betul ke..

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply